Tuesday, April 9, 2013

.Zizan Terkilan Tak Jadi Bintang Paling Popular




Setelah mendapat pencalonan tertinggi iaitu sebanyak 8 pencalonan di mana 3 darinya adalah kategori utama dan selebihnya untuk kategori online, Zizan Razak juga antara nama yang disebut-sebut akan membawa pulang gelaran Bintang Paling Popular 2012.
Nyata, ramalan itu meleset apabila Shaheizy Sam mengejutkan ramai pihak pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad lepas apabila gelaran itu sekali lagi menjadi milik pelakon berkenaan.
Bukan sahaja gelaran yang diimpikan oleh semua selebriti itu tidak menjadi milik Zizan, dia juga tidak berjaya mempertahankan trofi Pengacara TV Lelaki Popular apabila ia kembali menjadi milik Datuk Aznil Hj Nawawi.
Zizan ditemui sebaik sahaja malam kemuncak tersebut berakhir di mana dia bersama Johan dan Farah Fauzana telah bertindak sebagai pengacara majlis berprestij itu berkenaan.
"Mengenai kekalahan saya kepada Datuk Aznil Hj Nawawi untuk kategori Pengacara TV Lelaki Popular, ia sebenarnya bukanlah sesuatu yang teruk kerana saya tewas pada sifu yang jauh lebih berpengalaman.
"Pak Nil tetap Pak Nil, walaupun tahun lalu saya berjaya curi gelaran itu dari dia, mungkin itu hanyalah sekadar nasib saya.
"Jadi anda boleh lihat betapa hebat pengaruh yang dia ada untuk kembali merebut gelaran itu.
"Saya sebaliknya rasa bangga dan tidak kisah kerana yang memenanginya adalah Datuk Aznil Hj Nawawi, bukannya orang lain,"ulas Zizan mengenai kekalahannya mengekalkan gelaran Pengacara TV Lelaki Popular.
Harapan yang digalas Zizan untuk membawa pulang gelaran Bintang Paling Popular sebenarnya bukan datang dari dirinya seorang.
Sebaliknya, terkilan apabila mengenangkan usaha peminatnya yang bertungkus lumus mahu dia membawa pulang gelaran tersebut.
"Memang saya berharap untuk menang. Itu pun kerana saya mahu hadiahkan kejayaan itu kepada peminat yang bertungkus lumus mengundi dan menyokong.
"Adalah sedikit rasa terkilan, kerana apa yang diniatkan dari awal itu tak dapat ditunaikan.Tetapi seperi semua sedia maklum, ini adalah anugerah berdasarkan undian.
"Untuk peminat saya yang memang tidak jemu menyokong, InsyaAllah saya akan adakan sedikit majlis sebagai penghargaan buat mereka agar mereka terus menyokong karier Zizan Razak,"katanya.
Dalam pada itu Zizan turut mengulas kejayaan yang diraihnya melalui kategori online yang dipertandingkan.

No comments:

Post a Comment