Friday, April 19, 2013

hebat Samseng Tandas Libatkan Pelajar Sekolah!!



Kuala Lumpur: Sekumpulan lima remaja lelaki berusia belasan tahun layak digelar ‘samseng junior’ apabila mereka yang lengkap beruniform sekolah bukan saja nekad menyamun seorang lelaki warga Nepal berusia awal 30-an sebaliknya turut menikam mangsa ketika berada di dalam tandas di sebuah pusat beli-belah di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, tikaman seorang daripada kumpulan remaja terbabit dipercayai bersenjatakan pisau menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di perut.





BAJU mangsa dipenuhi darah akibat ditikam kumpulan pelajar terbabit.

Menurut sumber, selepas menyamun wang tunai dan telefon bimbit milik mangsa bernilai RM500, kumpulan remaja itu cuba melarikan diri.

“Namun, dua daripada mereka ditahan pengawal keselamatan selepas mangsa yang cedera merangkak keluar mendapat bantuan daripada orang ramai,” katanya memberitahu, tiga lagi rakan remaja itu sempat meloloskan diri.

Sumber polis berkata, mangsa yang berada di dalam tandas sendirian mendakwa didatangi kumpulan pelajar terbabit yang lengkap memakai uniform sekolah.

No comments:

Post a Comment