Bertuahnye korang bile mengikuti blog nie sebab korang dapat mengetahui beberapa fakta menarik dari serata dunia.. Fakta menarik kali nie ialah :

- Seekor beruang dewasa mampu berlari sama dengan kepantasan seekor kuda
- Kuku jari dan kuku kaki memerlukan enam bulan untuk memanjang dari dasar ke hujung
- Ingatan seekor ikan adalah sekitar tiga saat

- Seekor kutu boleh melompat sehingga 350 kali panjang badannye
- Bulu kambing dijual semasa Perang Dunia Pertama untuk menampung perbelanjaan Persatuan Bulan Sabit Merah
- Lalat akan melompat kebelakang sebagai langkah untuk mengelak daripada sesuatu

- ‘Foal’ ialah istilah yang digunakan untuk bayi kuda
- Kecerahan bulan purnama adalah sembilan kali lebih cerah berbanding bulan separa penuh
- Sebiji labu yang cukup masak mempunyai kira-kira 15 batu panjang akar

- Seekor zirafah mampu membersihkan telinga dengan menggunakan lidahnye
- Seekor sotong gergasi mempunyai mata yang mampu membesar sehingga 20 inci
- Seorang budak berusia lima setengah tahun dengan berat 250 pound diperkenalkan semasa Physical Society Of Vienna pada 4 Disember 1894. Ape yang menarik mengenai budak nie, kesihatannye dalam keadaan baik tetapi die tak boleh berpeluh

- Seekor belalang memerlukan suhu minimum 62° Fahrenheit untuk melompat
- Zirafah dan tikus mampu bergerak lebih jauh tanpa air berbanding unta
- ‘Googol’ adalah istilah yang digunakan untuk 1 di ikuti 100 kosong. Ahli Matematik, Edward Kasner dikatakan meminta anak saudaranye, Milton Sirotta mencadangkan satu nama untuk nombor tersebut dan perkataan tersebut dikemukakan

- Sekumpulan gagak digelar ‘murder’
- Sekumpulan Angsa Od di atas tanah dipanggil ‘gaggle’, manakala sekumpulan Angsa Od di udara dipanggil ‘skein’
- ‘Hamlet’ ialah sebuah kampung tanpa gereja

- Secara puratanye terdapat 16 barisdan 800 biji jagung pada setiap baris dalam satu tongkol jagung
- Secara puratanye, manusia minum 16 000 gelen air dalam seumur hidupnye
- Manusia mempunyai 10 000 bulu pada kulit kepalanye secara purata
Mr R PK : Ade pulak masa nak kira bulu kat kepala manusia tu. Memang bersungguh-sungguh orang yang kira tu..
No comments:
Post a Comment