Wednesday, April 17, 2013

fuyyoo Dua gambar gadis cun tarik perhatian dunia




Sarah Attar (Gambar kiri)
KAHIRAH: Langkah Arab Saudi menghantar atlit wanitanya bertanding dalam Sukan Olimpik untuk julung-julung kalinya telah menarik perhatian dunia.

Bagaimanapun, ia membisu seribu bahasa seperti dilaporkan di sini.

"Ia tidak mengubah fakta bahawa kaum wanita di Arab Saudi tidak dapat bergerak bebas atau membuat pilihan sendiri," kata Mona Abass, seorang pemerhati politik di Bahrain, jiran Arab Saudi.

Seorang penyelidik kanan bagi ehwal Timur Tengah, Christoph Wilcke, mengatakan tanpa perubahan dasar untuk membolehkan kaum wanita bergiat dalam sukan dan bertanding di dalam negara itu, sedikit sekali perubahan boleh berlaku bagi jutaan wanita yang disekat peluang untuk bersukan.

Bagaimanapun, sebahagian pemerhati menyifatkannya sebagai satu langkah ke depan.

"Memang menarik Arab Saudi menghantar atlit-atlit wanitanya," kata Simon Henderson, pakar ehwal Arab Saudi di Institut Washington.

"Ini bertentangan dengan tradisi mereka yang melarang kaum wanita memaparkan diri mereka di khalayak ramai atau bercampur-gaul dengan kaum lelaki."

"Ini adalah langkah kecil,'' kata Raija Mattila, pengerusi bersama Kumpulan Kerja Antarabangsa bagi Wanita dan Sukan.

Beliau berkata langkah itu adalah baik bagi pentas antarabangsa.

Bagaimanapun, beliau berharap ia akan merintis peluang sukan bagikaum wanita di Arab Saudi.

Arab Saudi telah memilih pelajar Universiti Pepperdine di California, Sarah Attar (gambar atas) bagi acara 800 meter wanita dan Wodjan Ali Seraj Abdulrahim Shahrkhani (gambar kiri) bagi acara judo.

Kededua athlit yang dipilih untuk bertanding di bawah panji Arab Saudi, menginap di luar negara dan tidak mempunyai pengaruh sebagai tokoh sukan di dalam negara itu. - AP.

No comments:

Post a Comment