Monday, June 10, 2013

Kereta Gambit Saifullah Langgar Tembok????


Gambit

Pelakon yang penuh kontroversi, Gambit Saifullah sejak kebelakangan ni agak menyepi selepas penampilannya di dalam rancangan realtiti TV Fear Factor mendapat banyak kritikan kerana bermulut celupar.
Gambit yang sebelum ini pernah membintangi filem Cinta Kura-Kura juga dilihat semakin jarang berlakon dalam mana-mana drama mahupun layar perak.
Namun lewat malam tadi, OHBULAN! ada menerima 5 keping gambar menunjukkan Gambit Saifullah yang dipercayai terlibat dalam sebuah kemalangan kecil.

973460_10200469045262843_1891724283_n
Keadaan kereta yang terbabas
Dalam kejadian itu, terdapat sebuah kereta berwarna putih terbabas hingga memasuki kawasan kaki lima jalan. Namun setakat ini masih belum dapat dipastikan sama ada Gambit adalah pemandu kereta itu.
973484_10200469045422847_1413751250_n

Kemalangan berlaku di hadapan kondominium Casa Tropicana
OHBULAN! telah cuba menghubungi Gambit bagi mendapatkan penjelasan namun tiada respon. Bagaimanapun melalui gambar dibawah, Gambit kelihatan baik dan dipercayai tidak mengalami kecederaan.

No comments:

Post a Comment