Tuesday, February 4, 2014

Anak khairul Fahmi Dan Leuniey Natasha Selamat Dilahirkan


Anak khairul Fahmi Dan Leuniey Natasha Selamat Dilahirkan. melahirkan bayi perempuan tepat jam 2.55petang tadi. Dilahirkan secara normal dengan berat 2.75kg

 
Digg0  1  3  4
Anak khairul Fahmi Dan Leuniey Natasha Selamat Dilahirkan | Tahniah diucapkan kepada penjaga gol kebangsaan Malaysia kerana isterinya Leuniey Natasha selamat melahirkan bayi perempuan tepat jam 2.55petang tadi. Bayi sulung pasangan ini dilahirkan secara normal dengan berat 2.75kg.

Anak khairul Fahmi Dan Leuniey Natasha Selamat Dilahirkan

Alhamdulillah syukur kepadaMU YA ALLAH saya selamat melahirkan bayi perempuan 2.75kg pada jam 14.55ptg. AMEEN YA RABB Ourlittleangel #babyK @fahmiapexs” – Leuniey Natasha
Berbanyak ucapan tahniah diucapkan buat Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex di atas kelahiran bayi perempuan hasil perkongsian hidup dengan isteri, Leuniey Natasha. Alhamdulillah Leuniey selamat melahirkan bayi perempuan yang sangat comel.
apek1 Anak khairul Fahmi Dan Leuniey Natasha Selamat Dilahirkan
apek2 Anak khairul Fahmi Dan Leuniey Natasha Selamat Dilahirkan
G

Teksi Di Georgetown Termahal Di Malaysia


Teksi Di Georgetown Termahal Di Malaysia. Tambang Teksi Termahal Di Malaysia. Tambang Teksi Malaysia. MyTeksi. Teksi Mahal Di Malaysia. Rate Teksi Malaysia.

 
Digg0  0  0  0
Teksi Di Georgetown Termahal Di Malaysia | Zaman sekarang semua benda nak naik termasuk harga teksi semakin hari semakin naik, admin sendiri terasa dengan kenaikkan harga teksi. Tapi betulkah Teksi Di Georgetown Termahal Di Malaysia ?

Teksi Di Georgetown Termahal Di Malaysia

GEORGETOWN – Tambang teksi di kawasan Georgetown dijangka menjadi yang termahal di seluruh negara dalam tempoh terdekat jika diluluskan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Presiden Gabungan Persatuan Pemandu Teksi dan Pemandu Kereta Sewa Kawasan Pulau Pinang, Abd Malek Darus berkata kadar ambang yang akan dinaikkan mungkin termahal berbanding Kuala Lumpur dan Johor Bahru berdasarkan kedudukan bandar ini.
Beliau mendakwa kadarnya sudah diluluskan SPAD dan dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat.
“Sudah tiba masannya pemandu teksi di kawasan pulau menerima ganjaran yang sewajarnya bagi perkhidmatan terbaik yang ditawarkan kepada pelancong asing.
“Kenaikan 70 hingga 80 peratus mengikut meter tidak membebankan penumpang tempatan kerana mereka mempunyai pilihan pengangkutan awam lain yang lebih murah,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis pemberian insentif kepada pemandu teksi dan kereta sewa, di Dewan Tunku, Komtar, hari ini.
Menurutnya, hanya empat hingga lima peratus penumpang tempatan yang masih menggunakan perkhidmatan teksi di negeri ini.
Ini kerana ramai yang mempunyai kereta sendiri atau menggunakan perkhidmatan bas percuma atau bas biasa.
“Kami percaya kenaikan tambang teksi di Georgetown tidak menjadi isu kepada penumpang tempatan,” katanya.
Abd Malek berkata, buat masa ini, kadar tambang permulaan ialah RM4 bagi satu kilometer pertama dan 10 sen bagi tambahan setiap 115 meter perjalanan seterusnya.
“Saya berharap kadar tambang baharu akan memberi suntikan kepada pemandu teksi untuk menawarkan perkhidmatan terbaik kepada penumpang, terutamanya pelancong asing yang merangkumi 90 peratus pengguna teksi di negeri ini,” katanya.
Tahun lalu, SPAD meminta masa untuk mengkaji kadar tambang teksi sama ada bermeter atau tidak untuk dilaksanakan di seluruh negara.
Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, kajian itu memerlukan penelitian agar memberi manfaat kepada semua pihak dan bukan hanya pemandu teksi.
Menurutnya, kajian itu juga perlu mengambil kira pandangan dan cadangan semua pihak iaitu pemandu teksi, pengguna dan persatuan pengguna.

Keindahan Palau Yang Mempunyai 250 Pulau Yang Mempersonakan




 Palau adalah sebuah kepulauan yang terdiri lebih daripada 250 pulau.
Berada di sebelah Barat Lautan Pasifik, termasuk gugusan kepulauan Macronesia dan merupakan sebuah negara kecil di tengah Lautan Pasifik bernama Republik Palau.
Palau adalah salah satu destinasi pelancongan yang masih jarang dikunjungi oleh pelancong. Lebih dari 100 pulau adalah sebuah pulau coral kecil yang muncul ke permukaan.
Keindahan Palau Yang Mempunyai 250 Pulau Yang Mempersonakan2 Keindahan Palau Yang Mempunyai 250 Pulau Yang Mempersonakan Keindahan Palau Yang Mempunyai 250 Pulau Yang Mempersonakan3 Keindahan Palau Yang Mempunyai 250 Pulau Yang Mempersonakan Keindahan Palau Yang Mempunyai 250 Pulau Yang Mempersonakan4 Keindahan Palau Yang Mempunyai 250 Pulau Yang Mempersonakan Keindahan Palau Yang Mempunyai 250 Pulau Yang Mempersonakan5 Keindahan Palau Yang Mempunyai 250 Pulau Yang Mempersonakan Keindahan Palau Yang Mempunyai 250 Pulau Yang Mempersonakan6 Keindahan Palau Yang Mempunyai 250 Pulau Yang Mempersonakan Keindahan Palau Yang Mempunyai 250 Pulau Yang Mempersonakan7 Keindahan Palau Yang Mempunyai 250 Pulau Yang Mempersonakan Keindahan Palau Yang Mempunyai 250 Pulau Yang Mempersonakan8 Keindahan Palau Yang Mempunyai 250 Pulau Yang Mempersonakan
Wilayah yang paling terkenal di Palau adalah sebuah tempat bernama The Rock Islands atau Kepulauan Batu, iaitu sekumpulan pulau-pulau yang semua daratannya ditumbuhi oleh tumbuhan hijau. Tempat ini bak wilayah tersembunyi di Lautan Pasifik yang belum tersentuh oleh manusia sebelumnya.
Selain The Rock Islands, Palau yang dihuni oleh kurang lebih 21.000 penduduk juga menawarkan lokasi menyelam yang indah. Bahkan termasuk salah satu lokasi menyelam terindah di dunia.
p/s : SUbhanaalah cantiknya ciptaan Allah. Teringin nak p pulau-pulau yang jernih ni.

Menculik Dan Merogol Wanita OKU Di Stor Sekolah


Menculik Dan Merogol Wanita OKU Di Stor Sekolah. Kes Rogol Wanita OKU. Rogol Wanita. Merogol Kanak Kanak OKU. Rogol Di Stor Sekolah. Kes Culik. Kes Rogol

 
Menculik Dan Merogol Wanita OKU Di Stor Sekolah | Bagi admin, kes Menculik Dan Merogol Wanita OKU Di Stor Sekolah adalah sangat berat, lagi lagi dia membuat dua kesalahan yang besar, yang pertama menculik dan yang kedua merogol. Apa apa pun jom baca berita penuh :

Menculik Dan Merogol Wanita OKU Di Stor Sekolah

SABAK BERNAM – Seorang pengawal keselamatan sanggup menculik seorang wanita orang kurang upaya (OKU) dan merogolnya di stor bangunan sebuah sekolah di daerah ini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, suspek berusia 23 tahun dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu selepas menculik mangsa, 33, di rumahnya di Sungai Nibong, Sekinchan.
Menurutnya, kejadian kira-kira jam 9 pagi itu disedari bapa mangsa, 72, apabila dia didatangi seorang lagi wanita berusia 42 tahun bersama suspek yang kemudiannya bertindak melarikan anak perempuannya dengan menaiki sebuah kereta Proton Iswara Aeroback.
“Suspek bersama seorang wanita datang ke rumah bapa mangsa sebelum bertindak menarik anak perempuannya itu ke dalam sebuah kereta secara paksa sebelum dilarikan,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, berang dengan perbuatan kedua-dua suspek, bapa mangsa terus membuat laporan di Balai Polis Sekinchan berhubung dengan kes culik terbabit.
Susulan kejadian itu katanya, kira-kira jam 4.30 petang, wanita terbabit memulangkan semula anak mangsa itu di Balai Polis Sekinchan dan membuat pengakuan bahawa wanita yang dikategorikan
sebagai lembam itu dirogol suspek lelaki di sebuah stor sekolah.
“Suspek wanita itu turut mengaku menculik mangsa dan berada di tempat lokasi wanita itu dirogol,” katanya.
Noor Mushar berkata, polis yang menerima maklumat daripada suspek wanita yang turut menjual cincin yang dipakai mangsa terus bertindak ke lokasi kejadian dan pemeriksaan di pondok pengawal
keselamatan di sekolah terbabit menjumpai kad pekerja milik suspek terbabit.
“Polis turut merampas dua telefon bimbit jenama Nokia milik suspek wanita dan mangsa; satu resit pajak gadai emas dan sebuah kereta Proton Iswara Aeroback,” katanya.
Menurutnya, Pasukan Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dikerah ke tempat kejadian bagi tujuan pengesanan sementara mangsa dihantar ke Hospital Klang bagi menjalani
pemeriksaan lanjut.
“Polis turut menahan suspek lelaki berkenaan dan kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya


Air Kencing Dijadikan Bahan Pengecas Telefon Bimbit??


Air Kencing Dijadikan Bahan Pengecas Telefon Bimbit? | pengecas bateri telefon bimbit menggunakan air kencing sebagai sumber kuasa elektrik

 
Digg0  0  0  183
Air Kencing Dijadikan Bahan Pengecas Telefon Bimbit? | Seorang saintis dari, Universiti West England, Britain, berjaya menghasilkan pengecas bateri telefon bimbit menggunakan air kencing sebagai sumber kuasa elektrik atau sel bahan api mikrob (MFC)
Dr Ioannis Ieropoulos, juga pakar implementasi sumber pelik berkata, cecair pengecas air kencing itu adalah yang pertama kali digunakan di dunia.
“Setakat ini, bahan api yang dijana menerusi air kencing mampu menghidupkan telefon bimbit secara normal,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata kuasa MFC dari cecair kumbahan itu hanya menghidupkan telefon bimbit pada tempoh agak singkat.