Digg0 0 0 0
Teksi Di Georgetown Termahal Di Malaysia
| Zaman sekarang semua benda nak naik termasuk harga teksi semakin hari
semakin naik, admin sendiri terasa dengan kenaikkan harga teksi. Tapi
betulkah Teksi Di Georgetown Termahal Di Malaysia ?
Teksi Di Georgetown Termahal Di Malaysia
GEORGETOWN – Tambang teksi di kawasan
Georgetown dijangka menjadi yang termahal di seluruh negara dalam tempoh
terdekat jika diluluskan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
(SPAD).
Presiden Gabungan Persatuan Pemandu Teksi
dan Pemandu Kereta Sewa Kawasan Pulau Pinang, Abd Malek Darus berkata
kadar ambang yang akan dinaikkan mungkin termahal berbanding Kuala
Lumpur dan Johor Bahru berdasarkan kedudukan bandar ini.
Beliau mendakwa kadarnya sudah diluluskan SPAD dan dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat.
“Sudah tiba masannya pemandu teksi di
kawasan pulau menerima ganjaran yang sewajarnya bagi perkhidmatan
terbaik yang ditawarkan kepada pelancong asing.
“Kenaikan 70 hingga 80 peratus mengikut
meter tidak membebankan penumpang tempatan kerana mereka mempunyai
pilihan pengangkutan awam lain yang lebih murah,” katanya kepada media
selepas menghadiri majlis pemberian insentif kepada pemandu teksi dan
kereta sewa, di Dewan Tunku, Komtar, hari ini.
Menurutnya, hanya empat hingga lima peratus penumpang tempatan yang masih menggunakan perkhidmatan teksi di negeri ini.
Ini kerana ramai yang mempunyai kereta sendiri atau menggunakan perkhidmatan bas percuma atau bas biasa.
“Kami percaya kenaikan tambang teksi di Georgetown tidak menjadi isu kepada penumpang tempatan,” katanya.
Abd Malek berkata, buat masa ini, kadar
tambang permulaan ialah RM4 bagi satu kilometer pertama dan 10 sen bagi
tambahan setiap 115 meter perjalanan seterusnya.
“Saya berharap kadar tambang baharu akan
memberi suntikan kepada pemandu teksi untuk menawarkan perkhidmatan
terbaik kepada penumpang, terutamanya pelancong asing yang merangkumi 90
peratus pengguna teksi di negeri ini,” katanya.
Tahun lalu, SPAD meminta masa untuk
mengkaji kadar tambang teksi sama ada bermeter atau tidak untuk
dilaksanakan di seluruh negara.
Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar
berkata, kajian itu memerlukan penelitian agar memberi manfaat kepada
semua pihak dan bukan hanya pemandu teksi.
Menurutnya, kajian itu juga perlu
mengambil kira pandangan dan cadangan semua pihak iaitu pemandu teksi,
pengguna dan persatuan pengguna.
No comments:
Post a Comment