Tuesday, February 26, 2013

HEBAT MAK DARA NI

Begitulah. Sebelum ini, heboh diperkatakan sana-sini. Kali ini selepas Rozita Che Wan sendiri mengakui akan berkahwin dengan Zain Saidin pada bulan Julai, Zain pula menafikannya.

“Memang kami akan berkahwin tetapi bukan bulan Julai. InsyaAllah, seperti yang dirancang kami akan bernikah pada hujung tahun ini.
Zain dalam kenyataannya turut menyuarakan rasa terkejutnya terhadap berita yang baru diketahui.
“Saya sendiri pun terkejut kenapa bulan Julai dikatakan sebagai bulan perkahwinan kami.”
Bagaimana pun, pelakon berusia 29 tahun ini mendedahkan bahawa dia dan Rozita Che Wan sudah berjumpa keluarga masing-masing.
“Buat masa sekarang belum ada sebarang persiapan lagi kerana semua akan dibuat selepas raya nanti. Secara rasmi juga, saya belum lagi masuk merisik cuma kami sudah pernah berjumpa keluarga masing-masing. Ini kerana perbincangan baru dilakukan antara kami berdua sahaja.”
Apa pun, semoga pasangan ini berbahagia ya.

No comments:

Post a Comment