Wednesday, February 27, 2013

BILA ALIEN PAKAI TUDUNG



Pada pandangan anda mengenai gambar di atas ini? Gambar yang memberi maksud perumpamaan fesyen bertudung bonggol ini sama sahaja seperti alien mamakai tudung. Ini perumpamaan sahaja dan bukan bermaksud Bro Nasa memperkecilkan hati kaum hawa. Pada pandangan Bro Nasa, better anda memakai tudung seperti biasa sahaja dan jangan ada berbonggol. Ada yang mengatakan ianya HARAM dipakai jika dilakukan seperti ini. Terdapat ada hadis yang mengatakan :

Daripada Abu Hurairah r.a kata beliau: Bersabda Rasulullah s.a.w: 
"Dua golongan daripada Ahli Neraka yang belum pernah aku melihatnya (wujud) iaitulah: 
Kaum yang bersama mereka itu cemeti-cemeti seperti ekor lembu, memukul manusia, dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang, mereka itu mengajak manusia menjauhi perintah Allah dan mereka sendiri menjauhi perintah Allah, kepala mereka seakan-akan bonggol-bonggol unta yang senget, mereka ini (dua golongan ini) tidak masuk ke syurga dan tidak pula mendapat baunya sedangkan baunya dapat dihidu dari jarak sekian dan sekian. 

(H.R. Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dalam al-Kubra, dan al-Tabrani dalam Mukjam al-Awsat).


No comments:

Post a Comment