Wednesday, February 20, 2013

KUNCI SYURGA

salam sejahtera buat semua.


beberapa minggu yg lepas, aku dapat banyak komen positif selepas aku post 2 topik penting. topik pertama adalah berkaitan dengan di mana nama muhammad di dalam bible, topik kedua pulak menjawab persoalan tentang kenapa Allah menyebut diri-Nya sebaga Kami.

selepas topik tu dapat sambutan (terutamanya yang click dari facebook), aku decide nk biarkan topik tu stay kat blog ni lama2 dlu baru aku post topik lain.

setelah lebih kurang 2-3minggu, aku plak x tau nk post tentang ape, tapi hari ni tergerak hati plak nk cerita tentang  "key of kingdom of heaven" atau dalam bahasa melayunya ialah kunci syurga.

ada banyak blog2 lain yang bercerita tentang rahsia disebalik lambang "the crossed key" yang terpapar di topi besar yang dipakai oleh para Pope.
Embelm of Vatican City State showing cross keys, isolated on white background. Stock Photo - 8596062 
dipendekkan cerita, crossed key yang dipegang oleh para Pope Kristian ini dianggap sebagai 2 kunci ke syurga. dan dalam beberapa blog lain ada mengisahkan tentang seorang lelaki yang dicabar oleh seorang Pope di khalayak penganut2 kristian berkaitan beberapa soalan. lelaki tersebut berjaya menjawab dengan mudah. di akhir cerita tersebut, lelaki itu hanya bertanyakan 1 soalan. soalan tersebut iaitu, berdasarkan kunci yang tertera di topi Pope tersebut yang manjadi simbol kunci syurga, apakah yang sebenar2nya kunci syurga? Pope ketakutan utk menjawabnya. setalah para penganut kristian mendesak supaya Pope menjawabnya, barulah terpacul dari mulut pope tersebut kalimah syahadah. 2 kunci di dalam perlambangan logo crossed key itu sebenarnya simbolik kepada 2 kalimah syahadah yang akan membuka pintu syurga. seluruh penganut kristian dan Pope tersebut memeluk islam pada ketika itu juga.

Korang bleh baca kisah ni di blog salah sorang kawan aku, Cik Naja Syakila (KLIK SINI).

so kisah tu korang bleh baca kat blog Naja. Yang aku nk share kat sini sebenarnya adalah tentang sebuah kisah yang lebih kurang sama, tapi yang ni aku lihat sendiri melalui video debat kristian vs islam (ofkoz dari Alahyarham Syeikh Ahmad Deedat penceramah pujaan aku).

kisah ni tidak berlaku semasa debat sedang dijalankan, tetapi beberapa hari sebelum debat dijalankan. Wakil Kristian bernama Anis Shorrosh, sahabat Jimmy Swaggart (rujuk post2 sebelum ni) telah menghantar seorang pengintip untuk mendengar ceramah daripada ahmad deedat supaya dapat mengumpul data sebelum mereka berdebat beberapa hari kemudian.

dengan rahmat Allah, ketika Ahmad Deedat baru sahaja naik ke pentas,beliau berkata (terjemahan dlm bahasa melayu)

"saya dapat tahu ada seorang pengintip dari pihak Kristian yang hadir di sini untuk mengumpul data.saya minta, atas nama Tuhan, kamu tampil kepentas".

seluruh hadirin senyap seketika. Deedat berkata lagi, "tampillah ke depan, saya jamin keselamatan kamu. tampil ke depan jika kamu seorang yang percaya kepada tuhan kamu. seorang yang kuat agama tidak akan takut dan tidak menipu"

maka tampillah seorang lelaki ke atas pentas dan mengakui dia adalah pengintip yang diupah oleh Anis Shorrosh. Anis Shorrosh sebenarnya berasa tidak selesa selepas 2 persoalan penting (2 topik sebelum ini) telah dapat dijawab dan dibidas oleh ahmad deedat ketika berdebat dengan Jimmy Swaggart. pengintip tersebut merupakan salah seorang ahli gereja milik Shorrosh.

tanpa membuang masa, Deedat bertanya kepada si pengintip, "kamu percaya kepada tuhan?"
si pengintip menjawab, "ya, saya percaya kewujudan tuhan"

Deedat: jadi kamu percaya kepada syurga dan neraka?
Pengintip: ya, sudah tentu
Deedat: kalau begitu, tentu kamu berusaha untuk masuk ke syurga.
Pengintip: saya memang selalu berusaha.
Deedat: bukankah kamu ahli gereja? 
             sudah tentu kamu tahu bagaimana untuk membuka pintu syurga dan masuk ke dalamnya.
Pengintip: bukan semua orang boleh membukanya dengan mudah. 

Deedat: boleh saya bertanya 1 soalan dan kamu mesti menjawabnya atas nama Tuhan kamu?
Pengintip: silakan
Deedat: saya jamin keselamatan kamu di sini, jadi kamu mesti jawab dengan jujur atas nama Tuhan kamu.
Pengintip: baiklah saya sedia menjawab.
Deedat: beritahu seluruh dewan ini, apakah 2 kunci untuk masuk ke syurga seperti yang terdapat dalam  simbol the crossed key

si pengintip terdiam seketika, tunduk, lalu menangis.
"kunci syurga adalah...
Asyhadu an la ilaha illallah, wa asyhadu anna muhammadar rasullullah..."

seluruh dewan menyebut "subhanallah"
si pengitip tersebut memeluk islam di atas pentas, sebaik sahaja menjawab soalan Ahmad Deedat.

ketika deedat bertemu Shorrosh pada debat yang seterusnya, Shorrosh menafikan bahawa dia ada menghantar seorang pengintip...

so tu je stakat ni, sebenarnya kunci ke syurga ialah kalimah syahadah, sebab itulah dikatakan, walaupun seberat mana dosa seseorang manusia, jika dia sempat mengucapkan syahadah walaupun ketika saat2 akhir hayatnya, maka pintu syurga masih dibuka untuknya. 

kalau kita fikirkan, sebenarnya Allah dah surh kita bukak pun pintu syurga sekurang2nya 9x setaip hari (setiap kali tahyat). kita sebenarnya beruntung sebab kunci tu kita ada. tinggal gunakan aje. tapi, ramai antara kita yang masih x sedar ttg bnde ni. aku cuma berkongsi, sekadar nk nasihatkan diri sendiri, dan kalau nasihat ni dapat dikongsi pun alhamdulillah.. 

ingat, kita cuma manusia, x dpt lari dari kesilapan, tapi kita kena sentiasa muhasabah diri, dan upgrade diri walaupun sikit. ofkoz orang yg knal aku akan cakap, "eleh, ko tu bukannye baik sgt pun". xpe, kpd yg ckp mcm tu, aku just nk bgtau, mmg aku bukan baik sgt pun, tp ini la caranya aku nk cube jadik baik. berkongsi ilmu dan pengetahuanm ttg agama kita, x salah kan?

No comments:

Post a Comment