SALAM
Pernah tak tengok orang yang tak pakai gincu tapi bibirnya tetap nampak merah? Hmm.. lazimnya orang yang dianugerahkan mempunyai bibir merah nie ialah orang yg ada pigmen berkulit putih, tak seperti kebanyakan orang Asia yg berkulit sawo matang atau gelap.. hehe..
Sebenarnya kalau difikirkan balik orang dulu-dulu tak pakai pun lipstick atau gincu nie tapi ada yang mempunyai bibir merah bugar kan.. Rahsianya sebab amalkan petua yg diwarisi sejak turun-temurun lah..
Pernah tak tengok orang yang tak pakai gincu tapi bibirnya tetap nampak merah? Hmm.. lazimnya orang yang dianugerahkan mempunyai bibir merah nie ialah orang yg ada pigmen berkulit putih, tak seperti kebanyakan orang Asia yg berkulit sawo matang atau gelap.. hehe..
Petua Dapatkan Bibir Merah Semulajadi
Kalau ada yg berminat boleh dicuba petua nie. Setiap malam sebelum tidur, sapukan madu kat bibir. Biarkan semalaman. Bila dah bangun pagi tuh barulah dibersihkan bibir. Madu yg disapu tu dikatakan membantu menjaga kelembapan kulit bibir serta mengekalkan tekstur dan warna bibir agar ianya nampak sihat dan menawan.
Hasilnya tak akan nampak dengan serta-merta. Tapi jika diamalkan berterusan, lama-kelamaan bibir akan kelihatan basah selalu dan nampak merah dan lebih seksi.. auwww !
Petua Bibir Merah
Untuk mereka yg susah nak dapatkan madu, boleh dicuba alternatif ini. Sapukan mentega atau marjerin pada bibir tuh…
Peringatan
Ada juga yg syorkan untuk sapu bibir tu dengan ubat gigi. Selalunya bebudak sekolah suka cuba cara nie. che petua tak galakkan lah untuk pakai ubat gigi nie. Sebabnya awalnya memang berkesan, tapi lepas dua tiga hari ada orang kata bibir dia jadi merekah dan kulit bibir pecah-pecah. Ada pulak yg kata lepas jadi macam tu bibir nampak seakan hitam, lebih hitam dari sebelumnya…hu..hu.. cian kan…
Petua Bibir Merah Bak Delima
Ada satu lagi petua kalau yg kat atas tu tak berapa menjadi. Tumbuk halia sampai lumat. Kendian tapis halia tu dan airnya dicampurkan pula dengan sebiji telur ayam kampung. Amalkan minum air campuran nie setiap pagi. Bibir yg selalunya pucat tu akan nampak seperti delima merekah…!
No comments:
Post a Comment