| |
Tafsir mimpi menurut Islam:
Imam Ibnu Sirin, dalam bukunya Tafsir Mimpi Menurut Islam, berkata: Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.
Dalam suatu riwayat dikisahkan, seorang wanita bertanya, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya bermimpi melihat sebahagian tubuh baginda berada di rumahku." Baginda menjawab, "Sesungguhnya Fatimah akan melahirkan seorang anak lelaki, kemudian engkau yang akan menyusukannya." Tidak lama kemudian Fatimah melahirkan Hussein dan disusukan oleh wanita tersebut.
Sesungguhnya mimpi itu dapat ditafsirkan, namun tidak semua orang mampu mentafsirkan kebenarannya. Semoga buku ini dapat membantu dalam menjawab makna mimpi anda, insya Allah.
Tambahan pula, mimpi diakui adanya dalam syariat Islam. Sedangkan ilmu untuk mentakwilkan, mentakbirkan atau mentafsirkannya diiktiraf oleh ramai ulama. Ramai ulama yang ingin mendalami masalah takwil atau tafsir mimpi tetapi tidak ramai yang mengetahuinya kerana susahnya.
Al-Imam Ibnu Syahin, dalam mukadimah kitabnya Al-Isyarat Fi Ilmi al-'Ibarat, berkata: "Islam mencerca ilmu tenung kerana hanya Allah-lah yang mengetahui masalah ilmu ghaib. Saya menghindari ilmu-ilmu seperti itu dan tidak meminatinya, dan saya ingin membuat buku yang dapat mendedahkan perkara-perkara ghaib yang sememangnya diakui oleh syarak, iaitu ilmu takwil dan ta'bir mimpi."
Menurut ahli-ahli ta'bir, mimpi ada tiga macam:
1. Peristiwa yang menggembirakan yang benar yang terjadi setelah bermimpi, dan ini tidak memerlukan penafsiran. 2. Mimpi yang batil atau permainan syaitan, iaitu mimpi yang tidak dapat diperincikan oleh orang yang bermimpi. Ertinya orang yang bermimpi itu tidak sanggup mengingat tertib atau jalan cerita mimpi itu. Mimpi seperti ini dianggap batil dan tidak mempunyai sebarang makna atau takwil. 3. Keinginan nafsu. Seperti kita ketahui nafsu ada tiga, iaitu nafsu mutmainnah, nafsu lawwamah dan nafsu ammarah. Mimpi seperti ini terjadi kerana pengaruh fikiran seseorang. Sesuatu yang dia lakukan atau dia khayalkan siang hari atau menjelang tidurnya selalu menjelma ketika tidurnya.
|
|
Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian
Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat
Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat
Bermimpi memasuki masjid haram atau melakukan tawaf di baitulallah alamatnya anda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh
Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia
Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan
Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda
Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar
Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa
Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain
Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat
Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira
Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala
Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar
Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran
Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan
Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat
Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang
Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian
Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan
Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan
Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat
Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan
Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh
Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar
Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar
Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya
Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati
Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup
Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai
Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita
Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita
Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa
Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.
Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.
Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.
Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.
Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.
Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.
Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.
Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.
Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat
Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati
Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna
Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu
Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang
Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik
Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah Wali Allah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat
Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga
Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
Jika di dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorang itu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan
Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w
Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan
Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal
Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna
Jika bermimpi mencukur bulu ketiak menandakan anda akan terlepas dari harta yang ditanggung
Jika bermimpi berjumpa dengan orang alim alamatnya anda akan menjadi penghulu besar
Jika bermimpi memotong rambut menandakan anda akan bercerai dengan isteri
Bermimpi membuang darah menandakan anda akan sembuh dari penyakit
Jika bermimpi paras anda mempunyai perempuan alamatnya anda akan memperoleh harta atau anak
Jika bermimpi diri anda mati menandakan anda akan panjang umur tetapi jika bermimpi mati hidup semula alamatnya kehendak anda akan diperoleh
Sekiranya diri anda bermimpi dibawa ke kubur alamatnya anda akan beroleh kekayaan
Jika bermimpi kanak-kanak datang kepada anda menandakan anda akan memperoleh harta yang banyak
Mimpi Berkaitan Alam Semulajadi Dan Tanaman
Bermimpi mengenai batu-batu halus alamatnya anda akan terlepas dari kedukaan
Bermimpi makan tanah liat anda akan mendapat harta
Seseorang yang bermimpi emas yang banyak di dalam rumahnya alamatnya anda akan menjelaskan segala hutang piutang
Jika anda bermimpi hujan turun dengan lebat, anda akan mendapat rezeki berlipat kali ganda dan memperoleh rezeki yang halal.
Jika bermimpi bintang jatuh ke riba atau jatuh ke atas rumah menandakan anda akan memperoleh kejayaan dan dikurniakan anak yang baik.
Sekiranya bermimpi naik ke atas angin dan tetap di sana anda akan menjadi raja.
Sekiranya anda bermimpi melihat matahari dan bulan, bulan turun ke riba atau masuk ke lengan baju, anda akan memperolehi kejayaan di dunia.Sebaliknya jika melihat matahari terbelah dua atau hitam warnanya menandakan raja di negeri itu mati atau negeri itu akan mendapat huru-hara.
Jika bermimpi mendengar halilintar atau guruh petir menandakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku.
Jika bermimpi tebu anda akan dimurahkan rezeki sebaliknya jika bermimpi menanam sesuatu tanaman kemudian tanaman itu tumbuh menandakan anda akan memperoleh untung yang banyak
Bermimpi pohon gandum,padi atau kacang hidup dengan subur manandakan anda akan memperoleh rahmat allah, sebaliknya jika bermimpi menanam tanaman yang masam anda akan berduka-cita.
Jika bermimpi menanam kapas anda akan mendapat untung
Bermimpi air sungai mengalir dengan tenang menandakan anda akan terlepas dari bahaya.Jika bermimpi air sungai kering anda akan memperoleh kesakitan
Jika anda bermimpi mandi dalam sungai menandakan anda akan beroleh rahmat
Jika bermimpi menyelam dalam sungai yang airnya sejuk alamatnya anda akan beroleh nikmat di dunia dan akhirat
Jika bermimpi air laut menjadi tawar atau manis anda akan memperoleh harta atau dijauhi dari sebarang bahaya.
Jika anda bermimpi air terlalu panas menandakan anda akan berduka cita.
Jika bermimpi makan buah timun alamatnya anda akan mendapat kebajikan atau berjumpa dengan orang yang mahir dalam ilmu pengetahuan
Bermimpi mengenai buah delima manis anda akan memperoleh kebajikan dan keuntungan dalam perniagaan
Bermimpi makan api memberi alamat beroleh isteri yang bijaksana
Bermimpi tentang emas,perak atau timah menandakan kerja yang dilakukan tidak mendapat sebarang keuntungan
Bermimpi emas bertahtakan permata anda akan mendapat kekayaan
Bermimpi Akan Haiwan
Jika bermimpi melihat kambing yang terlalu banyak menandakan pekerjaan anda akan memperoleh rezeki yang halal.
Sekiranya bermimpi naiki kuda atau unta, anda akan memperoleh kemuliaan dan kebajikan serta cita-cita anda akan dimakbulkan Allah.
Bermimpi naik gajah anda akan dipermuliakan orang dengan kebesaran.Jika bermimpi membunuh gajah anda akan dihormati dan memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat.Jika bermimpi melihat gajah berjuang alamatnya orang-orang besar akan berkelahi sesama sendiri.
Jika bermimpi harimau datang kepada anda alamatnya anda akan memperoleh kehinaan
Jika bermimpi melihat babi atau anaknya menandakan orang itu melakukan pekerjaan terkutuk. Sebaliknya jika bermimpi membunuh babi atau tikus anda akan menunaikan haji atau memperoleh pahala haji.
Jika bermimpi pelanduk atau kijang datang kepada anda alamatnya anda akan memperolehi isteri yang jahat.
Jika bermimpi lebah bersarang dalam telaga atau sarangnya jatuh dalam telaga menandakan anda akan dipermuliakan orang
Sekiranya bermimpi anda ditangkap harimau, alamatnya anda akan diperdayakan orang
Bermimpi memandikan binatang menandakan seseorang itu akan sakit atau mendapat kebinasaan atau kehilangan sesuatu
Jika bermimpi melihat terlalu banyak ayam di bawah rumah anda atau di dalam kampung anda akan beroleh orang gaji atau hamba yang baik
Jika bermimpi bermain telor ayam menandakan anda akan berkawan dengan orang-orang jahat
Jika anda bermimpi bermain dengan burung hantu di rumah atau berhampiran dengan rumah anda menandakan ahli keluarga anda akan meninggal dunia
Sekiranya anda bermimpi burung merak datang kepada anda lalu anda tangkapnya menandakan anda akan memperoleh kekayaan atau mendapat anak lelaki
Jika bermimpi lebah, lalat atau nyamuk terlalu banyak alamatnya orang ramai akan berhijrah ke tempat anda
Jika bermimpi burung terbang ke rumah anda kemudian terbang ke rumah orang lain menandakan anda akan berduka cita
Bermimpi burung putih datang ke rumah menandakan anda akan memperoleh isteri yang budiman atau mendapat rezeki
Jika bermimpi menunggang naga menandakan semua kehendak diperoleh
Jika bermimpi dililit ular seluruh badan menandakan sesuatu yang buruk akan berlaku
Bermimpi kutu atau hama melekat di badan atau pakaian menandakan anda akan mendapat bencana
Bermimpi disengat binatang bisa menandakan anda akan mendapat kecelakaan
Jika bermimpi dipatuk ular seseorang itu akan mendapat suami atau isteri
Bermimpi makan telor ayam, pisang atau minyak alamatnya akan memperoleh keuntungan
Bermimpi memukat ikan alamatnya anda akan menjadi kaya atau mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda
Bermimpi mencari burung alamatnya anda akan mendapat keuntungan dan dimurahkan rezeki
Bermimpi mendapat terlalu banyak najis menandakan anda akan kekurangan harta
Bermimpi mengenai najis besar menandakan anda akan mendapat kerugian
Jika bermimpi makan tahi alamatnya anda akan memperoleh harta yang halal dan akan sembuh dari penyakit
Jika bermimpi mencium bau kasturi atau anbar alamat orang itu akan sakit
Bermimpi tubuh anda direnjis air mawar menandakan anda akan mendapat harta kekayaan yang halal
|
|
|
|
No comments:
Post a Comment