Palau adalah sebuah kepulauan yang terdiri lebih daripada 250 pulau.
Berada di sebelah Barat Lautan Pasifik,
termasuk gugusan kepulauan Macronesia dan merupakan sebuah negara kecil
di tengah Lautan Pasifik bernama Republik Palau.
Palau adalah salah satu destinasi
pelancongan yang masih jarang dikunjungi oleh pelancong. Lebih dari 100
pulau adalah sebuah pulau coral kecil yang muncul ke permukaan.







Wilayah yang paling terkenal di Palau
adalah sebuah tempat bernama The Rock Islands atau Kepulauan Batu, iaitu
sekumpulan pulau-pulau yang semua daratannya ditumbuhi oleh tumbuhan
hijau. Tempat ini bak wilayah tersembunyi di Lautan Pasifik yang belum
tersentuh oleh manusia sebelumnya.
Selain The Rock Islands, Palau yang
dihuni oleh kurang lebih 21.000 penduduk juga menawarkan lokasi menyelam
yang indah. Bahkan termasuk salah satu lokasi menyelam terindah di
dunia.
p/s : SUbhanaalah cantiknya ciptaan Allah. Teringin nak p pulau-pulau yang jernih ni.
No comments:
Post a Comment