Masih menyimpan hasrat untuk mengganggu kedaulatan negara kita rupanya si Kiram ni. Berita terbaru diterima, kira-kira 35 askar militan Sulu yang cuba memasuki Sabahditembak mati oleh tentera laut Filipina dan pengawal pantai.

Hal ini telah disahkan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Menurut Zahid, kesemua mereka ditembak sebelum dapat memasuki perairan Malaysia selepas enggan berpatah balik.

Difahamkan, daripada sumber risikan yang diterima, kumpulan tersebut cuba memasuki Sabah untuk mencetuskan huru-hara pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Terima kasih kepada Kerajaan Filipina yang bersama-sama berusaha menangani cubaan menceroboh Sabah ini.
Semoga proses PRU-13 ini berjalan dengan lancar dan aman.
No comments:
Post a Comment