Saturday, April 13, 2013

pintu Rezeki Terbuka Luas Jika Berusaha..



on SATURDAY, 13 APRIL 2013
Pintu Rezeki Terbuka Luas Jika Berusaha | Aku memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana sejak kebelakangan ini aku dapat rasakan yang pintu rezeki aku terbuka luas, sangat luas sekali!

Pintu Rezeki Terbuka Luas Jika Berusaha
Berdoa tanda Bersyukur

Daripada minat aku berblogging, pintu rezeki aku terbuka luas dengan banyak program yang boleh menyumbang kepada income yang aku sendiri tak terduga pada awalnya. "Blogging with passion then the opportunities will come after you."

Ceritaku Bermula Di Sini

Siapa sangka, bermula aku start blogging sekitar akhir tahun 2011 secara suka-suka, di saat aku sangat baru tanpa pengetahuan langsung dalam dunia internet ini, aku mula menjana income daripada Nuffnang dan says hasil daripada buat blog, mendalami ilmu SEO untuk berada dalam carian google engine dan banyak lagi.

Bermula pada saat itulah aku mula rajin melayari internet bukan sahaja untuk bersosial di alam maya tetapi minda aku lebih terbuka luas untuk berfikiran secara matang dan baru aku sedar bahawa rezeki itu ada di mana-mana. Percayalah!

Selangkah demi selangkah, aku diperkenalkan dengan dunia affiliate secara perlahan-lahan dan kesungguhan aku datang apabila aku mengenali bro Titan, mamat cendol banting yang popular dengan program affiliatenya yang mana ramai mengakui kehebatan beliau dalam dunia affiliate ni.

Sejak itu, baru aku sedar yang dunia blogging ini bukan sekadar penulisan semata-mata tetapi boleh menjana pendapatan jika kena pada cara yang betul. Aku mula membuat kerja rumah dengan menyenaraikan beberapa langkah yang patut aku ambil untuk menjadikan blogging as part of income secara sambilan ni.

Kalau aku senaraikan semuanya, aku boleh buat satu ebook yang sangat-sangat berguna untuk semua tentang bagaimana cara buat duit di internet ini dan kebanyakkannya adalah melalui program affiliate dan hasil pekerjaan mudah yang boleh kita lakukan.

Serius aku cakap, dunia affiliate ini sangat luas hingga ke peringkat antarabangsa menggunakan nilai US Dollar dan jika pandai mengorak langkah, pasti korang akan temui jalannya. Dengan mempromosikan produk yang worldwide dan jangka panjang, besar kemungkinan korang akan menjana income secara pasif dalam US Dollar!

Pokok pangkalnya ialah usaha yang korang lakukan untuk membuka pintu rezeki tersebut. Tiada yang mudah melainkan yang mudah belaka. Ehh

Pintu rezeki aku bertambah luas apabila aku menyertai program Jobdirumah. Pada awalnya aku hanya ingin mempromosikan link affiliate aku sahaja namun hati aku tergerak untuk memdaftar sendiri dan menyertai program Jobdirumah ini menggunakan duit hasil cash out dari Says yang kedua tempoh hari.

Naluri aku tepat! Jobdirumah sememangnya menyediakan pekerjaan yang lumayan, mudah dan pelbagai jenis pekerjaan sesuai dengan pilihan masing-masing mengikut kebolehan sendiri. Namun, aku memandang dari sudut berbeza apabila aku merasakan, 

Mengapa tidak aku mengesyorkan  perkhidmatan atas kebolehan aku sendiri kepada orang lain yang memerlukan perkhidmatan aku segera daripada menunggu beratur panjang untuk diberi pekerjaan?

Mungkin ayat di atas kurang jelas bagi mereka yang belum mencuba program Jobdirumah ini. Jadi aku sangat syorkan korang daftar sendiri dengan program Jobdirumah ini. 

Berbalik kepada cerita aku mengesyorkan perkhidmatan aku itu, aku dapat rasakan satu lagi peluang rezeki yang antara mahu atau tidak aku ambil kesempatan itu. Konsepnya tetap sama iaitu mendapat bayaran dengan melakukan pekerjaan cuma cara kita mendapatkan pekerjaan itu sahaja yang berbeza.

Belum sempat aku mencuba untuk melaksanakan Projek Mega aku ni, datang lagi satu peluang yang terhidang dengan mempelajari FOREX Trading secara betul, memaksimakan untung dan mengurangkan kerugian. 

Alhamdulillah aku mula konsisten menjana untung dengan trade FOREX ini walaupun aku masih menggunakan akaun demo sebelum aku yakin membuka akaun sebenar dalam masa terdekat ini. Aku akan mula dengan trade akaun sebenar dengan akaun Micro iaitu serendah 20USD sahaja.

Orang kata, jangan terlalu yakin dan terlalu gembira dengan rezeki yang terhidang ni sebab pintu rezeki ni Allah yang bagi. Jadi bila-bila masa sahaja Dia boleh tarik balik kalau kita tak bersyukur. Kita hanya mampu merancang tapi tuhan menentukan. 


teruskan membaca : http://www.broblogger.net/2013/04/pintu-rezeki-terbuka-luas-jika-berusaha.html#ixzz2QLadyNnR
Under Creative Commons License: Attribution

No comments:

Post a Comment