Sunday, April 21, 2013

KEJAM!!!Bayi perempuan ditinggalkan dalam plastik hitam


Bayi perempuan yang baru dilahirkan diselamatkan selepas ditinggalkan dan disumbat dalam beg plastik.

 | SHAH ALAM – Seorang bayi perempuan seberat 3.23 kilogram disumbat dalam sebuah plastik hitam dan ditinggalkan di tepi sebuah rumah di Kampung Melayu Ampang, Ampang, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, seorang wanita yang kebetulan melalui kawasan tersebut terdengar tangisan bayi itu dan terus memaklumkan kejadian kepada pemilik rumah berkenaan.

“Mereka membuka beg plastik tersebut dan terkejut melihat bayi sihat di dalamnya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, bayi itu ditinggalkan tanpa dokumen pengenalan diri.

“Bayi itu dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan,” katanya.

Amiruddin berkata, orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.

Katanya, pengamal perubatan yang dikunjungi wanita dalam keadaan mencurigakan bagi mendapatkan rawatan selepas bersalin juga perlu memaklumkan kepada polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi.-sinar harian

No comments:

Post a Comment