TERKINI!!!!! UP-DATE!!!KRONOLOGI SERANGAN KE-2 !!!
Terkini 12.21 Petang: Penceroboh Masih Melepaskan Tembakan
Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar
berkata operasi bersama antara polis dan tentera masih menerima
tentangan musuh yang melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan
negara. Pasukan Malaysia kini menjalankan operasi ‘mopping up’. Tiada
korban di pihak kita direkodkan setakat ini namun di pihak musuh masih
belum diketahui. Ismail meminta semua pihak agar tidak membuat spekulasi
mengenai jumlah kemalangan kerana akan menjejaskan Ops Sulu ini.
Update 12.33 Petang: Operasi pembersihan sedang giat dilakukan. Orang luar dan media tidak dibenarkan menghampiri kawasan pertempuran.
Update 2.10 Petang: Filipina meminta pihak berkuasa
Malaysia untuk membantu menyediakan perjalanan keluar yang selamat dari
Sabah untuk wanita Filipina dan mereka yang bukan penceroboh bersenjata.
Setiausaha Luar Filipina, Albert del Rosario telah meminta rakan
sejawatannya dari Malaysia untuk berbuat demikian supaya mereka
dibenarkan meninggalkan kawasan pertempuan di sana.
Del Rosario juga meminta Jabatan Hal Ehwal Luar di Manila untuk
menyampaikan nota kepada duta Malaysia ke Filipina untuk berhubung
rayuan tersebut. Menteri Luar Malaysia, Datuk Anifah Aman berkata beliau
akan menyampaikan permintaan itu kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri
Ahmad Zamid Hamidi.
Update 3.00 Petang: Dimaklumkan operasi kini berjalan
seperti dirancang. Operasi memberkas penceroboh dan pemeriksaan dari
rumah ke rumah sedang dilakukan.
Update 4.42 Petang: Ketua Polis negara mengesahkan
sehingga kini pasukan keselamatan masih tidak menemui mayat ketua
penceroboh, Raja Muda Azzumudie.
Update 4.45 Petang: Menurut salah seorang wartawan
UTUSAN, Kira-kira 20 mayat pengganas Sulu setakat ini sudah ditemukan
beberapa jam selepas serangan dilakukan oleh pasukan keselamatan ke atas
kumpulan penceroboh itu di Kampung Tanduo.- Lapor Wartawan UTUSAN
Update 5.45 Petang: Polis masih menjalankan operasi
susulan dan penggeledahan di Kampung Tanduo, Lahad Datu kerana percaya
masih ada musuh di kawasan seluas empat kilometer persegi itu.
No comments:
Post a Comment