gambar hiasan |
LAHAD DATU, 24 Mac —
Empat mayat dipercayai rakyat
asing ditemui di dalam sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu selepas
pasukan keselamatan bertempur dengan pengganas militan semasa operasi
penggeledahan di kampung itu, hari ini.
Pertempuran pada pukul 9.15 pagi
itu turut menyebabkan seorang anggota tentera cedera di paha kanan
akibat terkena tembakan musuh, kata Panglima Angkatan Tentera Jen Tan
Sri Zulkifeli Mohd Zin.
Beliau berkata, insiden itu
berlaku selepas pasukan keselamatan menjejaki dua musuh yang memasuki
sebuah rumah berhampiran dan berlaku tembak menembak sehingga
mencederakan anggota itu.
“Berlaku beberapa minit pertempuran di situ, dan semasa pertempuran pasukan keselamatan mendapati seorang musuh telah lari dari rumah itu menghala ke sebuah rumah di sebelah sebelum bertindak membakar rumah berkenaan.

“Pasukan keselamatan kemudiannya
melepaskan tembakan bagi membersihkan rumah yang mula-mula dimasuki dua
pengganas itu sebelum memasukinya dan menjumpai empat orang mati
ditembak,” katanya pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis
Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16 di
sini hari ini.
Zulkifeli berkata, mayat itu
terdiri daripada seorang lelaki dan wanita dewasa serta seorang
kanak-kanak lelaki dan perempuan. Tiada pengenalan diri ditemui.
Beliau berkata, hasil
penggeledahan, pasukan keselamatan menemui seorang lagi kanak-kanak
lelaki yang cedera, juga tiada pengenalan diri dan dia diterbangkan ke
Hospital Sandakan untuk rawatan.
Pasukan keselamatan turut menemui sejumlah bekalan makanan yang dipercayai dikumpul di rumah berkenaan, katanya.
Pasukan keselamatan turut menemui sejumlah bekalan makanan yang dipercayai dikumpul di rumah berkenaan, katanya.
Zulkifeli berkata, kesemua mayat
itu dibawa keluar dari lokasi pertempuran, menjadikan jumlah keseluruhan
mayat yang dikeluarkan sehingga kini 42.
Beliau berkata, militan pengganas yang semakin terdesak kini bergerak dalam kumpulan kecil dan mengaplikasikan ‘Small Unit Tactic’, iaitu cuba mendatangkan seberapa banyak mungkin kecederaan kepada pasukan keselamatan yang menjejaki pergerakan mereka.

“Daripada pertempuran yang
dialami, kami dapati modus operandi musuh ialah apabila bertempur mereka
akan membawa pasukan keselamatan ke satu kawasan di mana penembak tepat
mereka dapat melepaskan tembakan.
“Selepas bertempur di situ,
mereka kemudiannya berundur dan memasuki kawasan rumah yang telah
dikenal pasti untuk bertahan dan bertempur semula sebelum bertindak
membakar rumah itu dan rumah berdekatan sekiranya tidak lagi mampu
bertahan,” katanya.
Beliau berkata, taktik
melengahkan pergerakan anggota keselamatan itu diteruskan dengan militan
berundur ke kawasan paya berdekatan yang telah dikenal pasti sebelum
menggempur pasukan keselamatan yang menghampirinya
No comments:
Post a Comment