Perkembangan terkini pencerobohan pengganas
Sulu kini merebak ke negara Indonesia. Residensi Nunukan dan Pulau Sebatik yang
bersempadan dengan Tawau, Malaysia kini di penuhi pasukan tentera
Indonesia.
Armada Kapal-kapal perang Tentera Nasional
Indonesia (TNI) turut berlabuh dengan ketumbukan tentera Indonesia ditambah di
sepanjang sempadan Indonesia-Malaysia-Filipina.
Rakan-rakan yang baru balik dari Residensi
Tarakan, Balik Papan, Nunukan dan Sungai Nyamuk di wilayah persempadan
Indonesia/Malaysia menyaksikan pergerakan tentera yang tidak seperti hari-hari
biasa.
Mereka mendapat maklumat, pergerakan
ketenteraan Indonesia dengan sejumlah Penembak Tepat turut dibawa bertujuan
untuk mengawal perairan Indonesia daripada dimasuki oleh pengganas-pengganas
Sulu ini.
Nampaknya, saki baki pengganas Sulu ini tidak
dapat bergerak lebih jauh. Mereka terpaksa mengharapkan paya bakau dan bukit
bukau di ladang sawit untuk bersembunyi dan bergerak dalam kumpulan yang
kecil.
Perairan menuju ke pulau-pulau berhampiran di
sempadan Filipina sudah di kawal ketat. Kini, perairan Indonesia pula dikawal
oleh pasukan Tentera Nasional Indonesia (TNI) laut dan darat.
Raja Azumuide dan kumpulannya hanya ada satu
pilihan...Menyerah tanpa syarat!
No comments:
Post a Comment