Written By taoslayerz on Tuesday, March 19, 2013 | 6:14 PM
TAOTAUAJER - Sepertimana yang
kita tahu krisis pencerobohan sulu terhadap sabah sudah berlarutan lebih
2 minggu dan pelbagai kejadian yang berlaku dan beberapa anggota
keselamatan kita telah terkorban. Tahu kah korang dimana ia bukanlah
satu petermpuran biasa sewaktu Ops Daulat kerana sewaktu pertempuran
dengan pengganas Sulu dikatakan Anggota Keselamatan alami kejadian aneh
di lahad datu Angkara ilmu hitam puak Pengganas Sulu.
Ikuti kisah yang belaku sewaktu pertempuran dengan puak Pengganas Sulu sewaktu 'Ops Daulat'
Pengamalan dan penggunaan ilmu hitam oleh pengganas Sulu bukan cerita
rekaan atau dakwaan semata-mata. Tetapi itulah antara cabaran yang
terpaksa dilalui oleh anggota keselamatan yang bertugas di barisan
hadapan 'Ops Daulat'.
Meskipun tidak dapat diterima dalam kehidupan realiti, tetapi penggunaan
ilmu hitam oleh pengganas berkenaan termasuk menggunakan pelbagai
tangkal tidak boleh terus ditolak.
Ini dibuktikan apabila sebahagian besar mayat pengganas yang ditemui
memakai tangkal sama ada di diikat di pinggang ataupun di celah
kelangkang.
PENGGANAS Sulu yang ditembak mati oleh pasukan keselamatan Malaysia Memakai tangkal dipercayai untuk menjadi kebal
Walau bagaimanapun, dengan menaruh keyakinan kepada Allah dan berjuang
dengan ikhlas pasukan keselamatan tetap berjaya menewaskan musuh-musuh
berkenaan meskipun mereka (pengganas Sulu) menggunakan ilmu syaitan.
Menuruh sumber, usaha gempur pengganas Sulu dalam 'Op Daulat' sebenarnya
amat mencabar memandangkan terdapat dalam kalangan mereka mengamalkan
kepercayaan karut itu.
"Pengganas seakan-akan kebal apabila pasukan keselamatan terpaksa
menembak bertalu-talu bagi menumbangkan mereka. Setakat sekali tembak
tidak akan membuatkan pengganas itu tewas," katanya.
Menurut sumber itu, usaha menjejaki pengganas berkenaan juga pada
mulanya agak buntu kerana pasukan keselamtan tidak dapat mengesan tempat
persembunyian musuh.
Dalam pada itu, katanya, pasukan keselamatan juga pernah dikejutkan
dengan kelibat dua pengganas Sulu berpakaian hitam dan putih mara ke
arah pasukan keselamatan yang melepaskan tembakan tetapi tidak mengenai
mereka.
Bayangkan...anggota kita meronda dibawah pohonan kelapa sawit..mereka mampu terbang dan bergerak pantas di celah2 ranting pokok. Tembakan dihambur bertalu2..sikit pon tak lut.
"Apabila dilaungkan azan barulah kelibat itu hilang dan pasukan keselamatan dapat mara," katanya.
Sementara itu, seorang penduduk tempatan berbangsa Suluk yang hanya
ingin dikenali sebagi Pak Amril berkata, antara tangkal yang dipakai
pengganas Sulu tersebut dikenali 'al-Quran Istanbul' yang kononnya akan
membuatkan seseorang menjadi kebal.
Namun demikian, anggota Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) sentiasa
menasihati anggota keselamatan untuk berhadapan dengan situasi itu.
Seorang Perwira menceritakan bagaimana satu kelopak pelurunya dihambur namun sebiji pun tak memberi kesan. Akhirnya..dia yg mempunyai sedikit ilmu, membenamkan peluru ke tanah, dan membaca beberapa surah Al Quran. Peluru itulah yg menembusi tubuh penceroboh itu yg akhirnya tumbang menyembah bumi.
Rakyat Malaysia yg sayangkan negara,yang sayangkan perajurit-perajurit kita..sama2 lah kita menadah tangan dan berdoa, untuk keselamatan dan kejayaan mereka di sana..in shaa allah..(lebih bagus kalau boleh buat solat hajat)..
*Ya Allah, selamatkanlah pejuang-pejuang kami yg sedang bertempur di Lahad Datu dan sekitar Sabah..Ya Allah, lindungilah mereka daripada pandangan dan sasaran musuh durjana..Ya Allah tuhan yg maha berkuasa atas sesuatu, Kau tumbangkanlah musuh-musuh negara kami itu Ya Allah..sesungguhnya tiada daya dan upaya kami melainkan dengan pertolongan dan kekuasaan-Mu Ya Allah..wa laa haula wa laa kuwwata 'illaa billaah..amiiinn..amiinn..amiinn..ya robbal 'alamiinn..
TAOTAUAJER : Lihatlah betapa jahatnya permainan pengganas sehinggakan menggunakan pelbagai cara meskipun Ilmu Hitam adalah sama sekali haram dalam islam. Oleh itu kita janganlah memperlekehkan pasukan keselamatan kita yang berjuang bermati-matian di sana. Moga roh mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan semoga roh mereka di tempatkan di golongan orang2 di kasihi.
No comments:
Post a Comment