Seperti yang semua tahu, Earth Hour
ni adalah global event yang dibuat oleh World Wildlife Fund (WWF)
disebabkan oleh perubahan iklim yang drastik. Tahun-tahun sebelum ini,
boleh dikatakan Earth Hour ini berjaya kerana telah banyak negara turut
serta dengan menutup lampu di bangunan – bangunan yang menjadi mercu
tanda negara mereka.
Serba
sedikit sejarah mengenai Earth Hour ini adalah ianya bermula pada 31
Mac 2007 di Sydney, Australia dimana seramai 2.2 Juta penduduk Sydney
menutup lampu pada pukul 7.30 malam waktu tempatan. Tahun 2008 pula
Earth Hour diadakan pada 28 Mac 2008 di mana sebanyak 35 negara dan 400 bandar telah menyertai program ini dan menutup lampu dari pukul 8 hingga 9 malam.
Setahun selepas itu Earth Hour diteruskan juga pada 28 Mac 2009 di mana kali ini kira-kira 88 negara dan 4,159 bandar (10
kali ganda daripada jumlah pada tahun 2008) menyertai Earth Hour. Pada
tahun 2010, Earth Hour berlangsung pada 27 Mac 2010 di mana ia dikatakan
Earth Hour terbesar dengan penyertaan 126 negara seluruh dunia.
Ada beberapa kebaikan dalam Earth Hour ni dan antaranya adalah :
§ Menjimatkan elektrik - bayangkan
berapa banyak jumlah penggunaan elektrik berjaya dikurangkan
terutamanya di pusat-pusat bandar. Sekaligus mengurangkan suhu bumi yang
kian meningkat kini.
§ Menginsafkan diri - dulu
datuk nenek moyang kita hidup tanpa elektrik membesarkan orang tua
kita. Betapa susahnya kan? Kita patut bersyukur dilahirkan dalam keadaan
serba lengkap
§ Mengingatkan kita - bahawasanya
bumi ini memerlukan jagaan kita. Jadi janganlah kita membazirkan sumber
yang ada, merosakkan apa yang ada di muka bumi ini, dan lupa akan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini.
Tutup suis lampu pada jam 8.30 – 9.30 malam, 23 Mac 2013 ( Sabtu). Jangan lupa tau…
No comments:
Post a Comment