Saturday, March 16, 2013

TERKINI !!!!! GERAKAN PENCARIAN SEHINGGA KE LUBANG CACING !!!




Operasi pasukan keselamatan negara bagi memburu saki-baki kumpulan pengganas Sulu akan tetap diteruskan meskipun selepas Parlimen dibubarkan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kesemua musuh akan diburu sehingga ke 'lubang cacing', selain setiap kawasan terbabit akan dipastikan bersih daripada sebarang jerangkap samar dan sisa bahan pertempuran.
"Kita akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan Ops Daulat ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Tiada pertempuran hari ini, namun usaha menjejaki saki-baki kumpulan itu terus dilaksanakan di beberapa buah kawasan yang disyaki menjadi pusat persembunyian," katanya dalam sidang akhbar di sini petang ini.-utusan

Azzimudie terus diburu sehingga ke lubang cacing. Walaupun terdapat beberapa kenyataan yang telah dibuat oleh Sultan Jamalul Kiram III,bahawa kini Azzimudie telah pun berada di Filipina, namun kenyataan tersebut telah pun disangkal sekerasnya oleh Pesuruhjaya Polis Sabah dengan yakin menyatakan bahawa Azzimudie masih berada di Sabah

No comments:

Post a Comment