Monday, March 25, 2013

Mesti Baca !!! Penipuan Melalui Telefon Berkaitan Kad Debit.






Tolong Sebarkan Kepada Semua Orang

Assalamuaalaikum kepada pelawat yang sedang membaca artikel saya iaitu tuan punya blog ini.., sebenarnya beberapa hari yang lepas saya rasa telah tertipu dengan sindiket kad kredit pada tarikh    12 .3. 2013 bersamaan hari selasa..kisahnya begini..beberapa hari yang lepas ( 12 /3 / 2013 )  saya ( tuan punya blog ini Exazaf) telah menerima panggilan dari syarikat kad kredit , namanya syarikat ini   ialah CLIQUE TOUCH N GO MANAGEMENT dan saya selitkan juga link laman web tersebut...
http://www.cliquecard.com.my/index.asp



Panggilan ini dibuat oleh konsultan perempuan dan amat fasih berbahasa serta percakapan juga pantas jadi kadang2 saya juga susah nak tangkap percakapannya melalui telefon jadi secara tidak langsung  saya hanya mendengar sahaja.


Dalam perbualan telefon berbunyi begini , boleh tak saya bercakap dengan encik mohd ( bukan nama sebenar walaupun yang bercakap ini adalah diri saya yang sebenar)  saya pun bercakap  "ya"..selepas itu  dia memberitahu  encik mohd  telah mendapat perhargaan daripada syarikat kami iaitu Clique Card Touch N go   dan encik tersenarai 300 orang dalam Malaysia ini jadi kami inigin membuat pengesahan bahawa encik ini adalah encik Mohamad 

Masa itu saya pun percaya la dengan agen tersebut tambah2 lagi suara yang lembut ini boleh memukau setiap orang lelaki termasuk saya sekali..huhu

Pada masa yang sama mereka ingin tahu yang saya ini memakai kad kredit visa atau mastercard jadi saya check la kad saya dan rupanya kad saya ini visa  |( debit kad ) jadi saya bagitaw kad saya  ini maybank dan kad ini jenis visa..masa tu juga saya apa maksud kad visa dan masterkad jadi dengan senang saya bagitaw yang kad yang pakai sekarang ini ialah visa  
kemudian dia menceritakan la saya nie telah tersenarai dalam 300 orang yang bertuah dalam pemakai kad kredit touch n go ( sejak bila saya pakai touch n go ...itu yang saya hairan tu)saya pun cakap la owh begitu.. 

Selepas dapat menyakinkan saya mereka pun mahu tahu itu nombor kad tersebut  saya pun beri lah nombor  pada mulanya mereka mahu nombor valid thru  saya pun bagitaw tarikh tersebut
selepas itu pula mereka juga mahu buat pengesahan nombor  di depan kad saya padahal sebenarnya mereka cuba mengambil nombor kad saya secara halus ...mulanya mereka beritahu nombor di depan iaitu 4283 32XX XXXX XXXX...... dan dia suruh saya sambung nombor tersebut , rupanya2 nombor  di depan itu sama setiap kad dan mereka mahu tahu nombor yang berada di hujung sahaja..saya pun beri la nombor tersebut kepada dia tanpa  syak apa-apa terhadap dia ...sedih betul..

selepas itu mereka juga mahu membuat pengesahan nombor ic saya untuk semakan  jadi saya pun percaya kepada mereka dan memberikan mereka tanpa was-was..
setelah  mereka sudah habis membuat pengesahan terhadap saya kemudian dia memberi penerangan satu2 lama jugak dia memberi penerangan akhirnya dia pun stop call tapi beritahu  dia akan call balik..saya pun ok...

tak lama kemudian dia call balik...lepas tu baru mereka bagitaw mereka akan kenakan yuran pendaftaran ..pada mulanya saya ingat tak kena yuran pandaftaran maklumlah katakan saya nie baru jer dapat perhargaan dari syarikat mereka dan mendapat kad penjimatan seumur hidup..selepas itu saya tanya berapa harga yuran pendaftaran  tu ..rupanya ...... dengan lemah lembut dia cakap encik akan dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM 499 ....erkkk....masa tu saya pun ok.... ( dalam hati yang tidak rela )


setelah habis pembualan antara kami berdua ..saya pun terfikir 2 kali ....tak sangka rupanya saya da terkena dan mereka berjaya memotong duit saya yang saya kumpul selama ni...huhu...memang sedih..memang penat saya kumpul...gaji nak dekat sebulan..


keesokkan harinya saya pun pergi ke bank  ( MAYBANK) ..saya pun tanya yang pakar...rupanya dalam masa satu hari tu dah ada 2 kes....kerani tu pun citer la... lain kali kalau ada apa2 call nak minta nombor akaun apa2 jangan bagi sebab tu semua scam.....oleh kerana nak selamat ..jadi saya pun wat kad baru...saya risau nanti mereka akan tolak duit saya yang saya simpan selama ini...
sekian..
kalau sesapa yang terkena macam saya ini...mohon komen di bawah....harap ini sebagai pengajaran bagi yang terkena dan kepada masyarakat di luar sana hati2 memberi akuan sendiri kepada orang lain supaya tidak terkena macam saya ini..

No comments:

Post a Comment