Saturday, March 23, 2013

gempar!! Berita Komando Ceroboh Filipina. Benarkah? .




Bagan Datoh: “Tentera (komando) kita tidak akan menceroboh masuk ke Filipina dan melakukan pembunuhan di negara orang,” itu jelas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi menyangkal dakwaan liar dibuat Jacel Kiram, anak perempuan ketua pengganas Sulu, Jamalul Kiram III.

Media Filipina sebelum ini mendakwa Jacel menuduh tentera Malaysia akan menceroboh masuk ke Filipina untuk membunuh bapanya bagi menarik simpati masyarakat di negara itu.

Ahmad Zahid yang ditemui pada majlis perasmian Dewan Hajah Tuminah Abdul Jalil di Kampung Sungai Nipah Darat, di sini semalam berkata, negara tidak berniat jahat untuk melakukan pembunuhan di luar negara (Filipina) terhadap Jamalul Kiram III.

“Jamalul Kiram jangan khuatir kerana tentera kita tidak sejahat pengganasnya yang melakukan pembunuhan di negara orang (Malaysia).

“Justeru, saya ingin menasihatkan Jamalul Kiram supaya tidak melakukan ‘psikologi berbalik’ untuk menarik simpati penyokongnya,” katanya.

No comments:

Post a Comment