Tangkal bertulis kalimah al-Quran
ditemui pada mayat seorang daripada pengganas dan amat menyedihkan kerana
tangkal itu turut dipakai di celah kelangkang.
Menurut sumber, tangkal itu
ditemui pada mayat pengganas yang ditembak ketika bertempur dengan pasukan
keselamatan negara di Kampung Tanduo, dekat sini, jam 6.45 pagi kelmarin.
“Apabila pemeriksaan dilakukan,
anggota pasukan keselamatan terkejut menemui tangkal dengan kalimah al-Quran
yang dipakai di celah kelangkang serta di pinggang.
“Kemungkinan pemakaian tangkal
itu bertujuan menjadikan mereka kebal, namun terbukti perbuatan itu sebenarnya
sekadar amalan syirik kerana dia akhirnya terbunuh akibat terkena tembakan,”
katanya.
Pengamal perubatan Islam Sharhan
Shafie ketika mengulas tindakan pengganas Sulu itu memakai tangkal berkenaan
berkata, ia dianggap sebagai amalan sihir kelas pertama.
“Dalam pengamalan sihir ini,
semakin Allah murka, semakin ilmu itu menjadi. “Mungkin itu pertimbangan
pengganas terbabit menyebabkan dia tergamak meletakkan ayat al-Quran di tempat
yang tidak bersih kerana hampir dengan kemaluan,” katanya.
Menurutnya, pemakai tangkal
seperti itu yakin pihak musuh menghadapi kesukaran ketika berdepan mereka
dengan bantuan ghaib termasuk pandangan dialihkan menyebabkan mereka terselamat
walaupun berada dalam kepungan.
“Ia dimurkai Allah selain sihir
kelas pertama seperti dinyatakan Rasulullah. Saya syorkan anggota keselamatan
beragama Islam membaca surah al-Furqan ayat 23 bagi menghindari sihir diamalkan
musuh,” katanya.
Nota Dunia Realiti: Keji ! mereka sanggup melakukan perbuatan syirik dan membunuh dengan kejam.
No comments:
Post a Comment