Tuesday, April 2, 2013

Inilah akibat menjadi peminat fanatik Justin Bieber.





Siapalah yang rajin sangat sampai sanggup memberi bentuk kepada daging masakan sehingga menyerupai wajah dan kepala Justin Bieber? Sama ada si pembuat yang kreatif itu merupakan peminat fanatik atau pembenci terbesar, kami tidak pasti apa sebenarnya yang difikirkan oleh mereka. Dengan menggunakan kombinasi daging seperti lembu, rasa seram yang terhasil dari seni rekaan makanan ini sememangnya tidak boleh dinafikan.


Lebih mengerikan lagi, si pembuat turut meletakkan 'mata' dan 'gigi' ke makanan tersebut untuk memberikan rupa yang lebih realistik! Sudah lama gambar ini berada dalam internet namun baru-baru ini, ia mula tersebar sekali lagi di beberapa buah laman sesawang. Selain menggunakan daging, ada juga peminat yang mereka masakan lempeng dan keju sehingga menyerupai penyanyi berusia 19 tahun itu. Benar, peminat-peminat setia Bieber adalah peminat yang amat kreatif sekali.


Read more: Inilah akibat menjadi peminat fanatik Justin Bieber | Lulu pages http://lulu-pages.blogspot.com/2013/04/inilah-akibat-menjadi-peminat-fanatik.html#ixzz2PM821Bw1