Penambahan kekuatan dan aset perang dalam Ops Daulat oleh Angkatan
Tentera DiRaja Malaysia (ATM) memberi petunjuk bahawa itu mungkin
gempuran terakhir dalam tempoh 48 jam ini bagi menamatkan terus krisis
pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di kawasan Lahad Datu, Sabah.
Konflik Lahad Datu perlu dihabiskan segera bagi membuka laluan untuk
kerajaan menumpukan pula kepada isu Pilihan Raya Umum Ke-13.
Menurut maklumat (SUMBER)
yang diterima, adalah difahamkan pembubaran Parlimen terpaksa dibawa ke
bulan hadapan berikutan isu Lahad Datu menuntut kerajaan berkuasa penuh
menanganinya dan bukan kerajaan ‘caretaker’.
Seperti yang kita tahu, semalam ATM telah pun mengumumkan ia akan
menambah aset dan anggota untuk menggempur pengganas yang menceroboh
negara di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk, 130 kilometer dari
bandar Lahad Datu, sejak 12 Feb lepas.
Malah, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin memberi
gambaran operasi daulat yang memasuki hari kesembilan (semalam), berada
di penghujungnya dengan tumpuan menjejaki saki-baki pengganas yang kini
bergerak dalam kumpulan kecil.
Beliau berkata 12 kereta kebal perisai berantai, beberapa helikopter
Pasukan Udara Tentera Darat dan kapal perang Tentera Laut Diraja
Malaysia akan tiba hari ini di sini secara berperingkat.
Mynewshub difahamkan, helikopter berkenaan yang sedia dimuatkan dengan machine gun sudah pun mula terbang di kawasan Lahad Datu.
Zulkifeli berkata, langkah menguatkan pertahanan dan kawalan itu
bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh ke
negara ini sama ada di laut dan di darat.
Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman memberitahu Radio 24
bahawa Malaysia tidak akan menerima sebarang rundingan buat masa
sekarang, termasuk rundingan yang dibuat oleh pihak ketiga seperti
kerajaan Filipina.
Ini bererti hanya tindakan ketenteraan sahaja sebagai jalan penyelesaian
terhadap krisis pencerobohan di Lahad Datu yang bermula sejak Februari
lalu.
Hari ini, Op Daulat memasuki hari kesepuluh. Ketika gempuran pertama
dibuat, sebanyak 8 jet pejuang termasuk jenis F18 dan hawk telah
digunakan.
Walaupun pengganas Sulu yang merupakan pengikut Jamalul Kiram III ramai
yang mati dalam serangan itu, namun sebahagian berjaya melarikan diri.
Kumpulan berkenaan yang sudah berpuluh tahun memiliki kemahiran perang
gerila menyebabkan Op Daulat berlanjutan apabila pasukan komando
terpaksa digerakan masuk ke zon merah bagi mengesan saki-baki pengganas.
Pada masa ini, Mynewshub difahamkan hanya tinggal kumpulan yang terlalu kecil pada waktu ini tetapi masih berdegil.
No comments:
Post a Comment