Monday, March 11, 2013

cerita Life Of Pi



Ada beberapa kali tengok cerita Life Of Pi ini selepas Mr.Sawo download beberapa hari sebelum Yusuf kena tonsil lagi.  Pada mulanya saya tidak berapa berminat mahu menontonnya, tapi  setelah melepak tengok bersama anak-anak  terus pula melekat depan tv. Sebenarnya saya tidak tahu pun Movie ini sehinggalah Mr.Sawo download untuk bagi anak tengok.  Orang lain sudah tengok lama dari tahun lalu lagi.  Saya pula baru tengok.  Ketinggalan zaman betul..

Filem ini diadaptasi dari sebuah novel dan diarahkan oleh pengarah yang pernah mengarahkan filem Crouching Tiger, Hidden Dragon iaitu Ang Lee.  Kisah cerita Life Of Pi ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Piscine Molitor Patel.  Dia menukar namanya menjadi 'Pi' sebab tidak tahan ejekan rakan-rakannya yang memanggilnya  "Pissing".

Saya paling suka cerita bahagian Pi dan seekor harimau bernama Richard Parker si Harimau Bengal berada di tengah lautan yang luas.  Harimau !!!  Arrgghh!!!

Pada awalnya 4 ekor binatang termasuk Richard Parker bersama Pi dalam seboah bot penyelamat.  Kuda belang, Dubuk, Orang Utan dan Richard Parker.  Tapi kuda belang dan orang utan telah mati diterkam oleh si dubuk.  Geram dengan si Dubuk tu.  Dubuk itu pula dibaham oleh Richard Parker.  Kesian la pula..Pi yang duduk di hujung bot hanya mampu menjerit "no..no..no.."
   
Life of Pi deepsea
Pi di atas rakit buatannya sendiri
Pelbagai ujian yang diharungi.  Pic atas Pi buat untuk dirinya sebab kalau duduk dalam bot kompem kena baham oleh Richard Parker.  Bayangkan hidup di lautan luas bersama seekor hariamu yang bila-bila masa saja akan membaham kerana lapar.  Di tambah lagi dengan panas terik..hujan..sejuk..ombak besar dan haiwan besar yang berada di dalam lautan.  Di tempat ini juga Pi bertungkus lumus menyuling air untuk diminum dan menangkap ikan untuk dimakan mentah-mentah.  Pi akan kongsi hasil makanan dan minuman bersama dengan Richard Parker.
Pi dan Richard Parker

Rasa sedih tengok Richard Parker yang lemah kerana lapar dan penat..Pada masa ini Pi dan Richard Parker telah pun menjadi kawan baik.  Bagaimana ia  dijinakkan, kena tengok sendiri cerita ni.  Ketika ini Pi datang kepadanya dan memangku kepala Richard Parker. Sebaknya huk..huk..

Mendarat setelah 227 hari berada di lautan
Lagi sedih bahagian ini.  Pi memandang Richard Parker yang masuk menuju ke dalam hutan. Mengalir air mata bila melihat babak ini... Setelah begitu lama di lautan bertarung bersama-sama untuk teruskan hidup, akhirnya mereka berpisah apabila mendarat di Pantai Mexico. 

Korang tengok lah Trailer ni bagi yang belum menontonnya.

Bagi saya filem ini memang bagus ditonton oleh seisi keluarga kerana ceritanya memberi pengajaran yang baik.  Ditambah lagi dengan pemandangan lautan dan langit yang luarbiasa cantiknya memukau penonton.  Sehinggakan saya terpaku dan melekat depan tv sampai habis..:) Pengajaran filem Life Of Pi ini bagi saya ialah jangan mudah putus asa dan percaya kepadaNYA yang sentiasa melindungi kita di kala kita kesusahan yang teramat sangat. 


No comments:

Post a Comment