Adakah terdapat ancaman yang lebih besar daripada ancaman Kiram? Secara logiknya tentera dan polis Malaysia sudah beroleh kemenangan tanpa memerlukan senjata pemusnah besar tersebut. Kiram dan pengikutnya yang dijangka masih berbaki 162 orang itu berdasarkan angka asal mereka iaitu 235 (mengikut laporan Filipina) setelah 58 terkorban, 10 ditawan dan 5 cedera diramal tidak dapat bertahan lama kerana kepenatan dan kekurangan makanan. Jumlah itu tidak termasuk mereka yang ditahan kerana disyaki menjadi talibarut pengganas.
Sebelum ini berpuluh-puluh kereta berperisai turut dihantar ke Lahad Datu bersama-sama kelengkapan pasukan polis diRaja Malaysia. Diberitakan sebanyak 12 kereta kebal dan dua helikopter peninjau akan tiba di Lahad Datu.
Berita bahawa Filipina kini menggerakkan 34 buah kapal perangnya ke perairan sempadan Malaysia/Filipina membuatkan gua terfikir apakah sebenarnya sedang berlaku. Walaupun Filipina mendakwa kerahan kapal perangnya adalah untuk membantu pemindahan rakyatnya dari Sabah dan mengawal kemasukan pengganas Sulu ke Sabah namun jumlah kapal yang dikerah adalah tidak masuk akal.
Provokasi demi provokasi dilakukan oleh media Filipina ke atas kerajaan Malaysia dalam isu Lahad Datu termasuk menuduh polis dan tentera Malaysia menzalimi rakyat mereka seperti disiar di SINI seolah-olah menggesa kerajaan Filipina bertindak ke atas Malaysia.
Filipina mendakwa 1000 rakyatnya berpindah pulang sejak pasukan keselamatan menggempur Lahad Datu dan Semporna secara besar-besaran.
Sejauh mana berkesannya kereta kebal dalam peperangan gerila di mana kita tidak mengenali musuh. Musuh boleh berupa siapa sahaja, nelayan, petani dan orang kampung.
Semoga tidak ada apa-apa perkara buruk membabitkan Malaysia dan Filipina dalam isu tuntutan ke atas Sabah. Jika benar berlaku, yang bakal menjadi mangsa adalah rakyat Sabah.
Apa kata TopengPerakUnmask.. sila baca
Krisis Pencerobohan Lahad Datu, Sabah kenapa belum selesai sedangkan dikhabarkan kita hantar 7 battalion tentera bersamaan 7000 anggota !!
Masalah utama Pihak Keselamatan ATM & juga PDRM dalam menjalankan Ops Daulat ialah bagaimana mahu mengecam Penceroboh di Lahad Datu, Semporna & lain-lain kawasan di Sabah.
Rakyat diberitahu bahawa Penceroboh adalah "Tentera Kesultanan Sulu" & atas kenyataan itu, Rakyat faham bahawa ianya adalah 1 perkara mudah untuk menjejak Penceroboh kerana "Tentera Kesultanan Sulu" mudah dijejak, masuk secara Haram - Tiada Pengenalan Diri.
TETAPI, Rakyat TIDAK DIBERITAHU bahawasanya, kebanyakan yang dikatakan sebagai Penceroboh tadi, antara mereka adalah Pemegang Kad Pengenalan Warga-Negara Malaysia YANG SAH.
Kesulitan timbul dipihak Keselamatan - ATM & PDRM bilamana Penceroboh pada masa ini, dengan kelebihan mempunyai Kad Pengenalan Warga-Negara Malaysia bercampur-gaul dengan orang ramai... Ada antara mereka telah menetap di Sabah sejak awal tahun 1984 - 1985 & menerima Kad Pengenalan Warga-Negara Malaysia melalui Projek IC Tajaan Barisan Nasional dibawah Pemerintahan Mahathir Mohamad.
Salah tahan, terkena Rakyat sendiri, kalau tak ditahan sebab berjaya dalam penyamaran, akan mendatangkan masalah pada Negara di kemudian hari.
Seperkara lagi yang kita kena faham kalau berlaku kejadian tembak-menembak... Ada kemungkinan besar, Penceroboh bersenjata yang bertempur dengan Pasukan Keselamatan - ATM & PDRM juga memegang Kad Pengenalan Warga-Negara Malaysia... Kalau yang ini kena tembak mati, akan ada ahli Keluarga tuduh Pasukan Keselamatan "salah tembak rakyat sendiri" berdasarkan status kewarganegaraan.
Dari situ macam-macam cerita "Konspirasi" akan timbul... Mungkin ada yang akan cakap, Anggota Keselamatan main tembak sesuka hati lepas tu letak senjata dekat mayat & tuduh mayat-mayat tadi adalah "pembelot".
Gua bersikap "Neutral" dalam hal ini (yang gua taip dekat atas). Bagi gua, kalau gua di posisi Anggota Keselamatan gua akan tembak SESIAPA SAHAJA yang dilihat MENCURIGAKAN dalam Zon Merah - sebelum gua mati kena tembak, baik gua tembak lu dulu.
Point Utama yang gua nak sampaikan dekat Seluruh Rakyat Malaysia & gua harap semua yang membaca "berbesar hati" terima keadaan ialah:
1. Pada tahun 1975, Kerajaan Negara Malaysia ada mengeluarkan Kad Pengenalan Warga-Negara Malaysia pada Pelarian Filipina yang beragama Islam demi menyelamatkan mereka & memberi kehidupan yang lebih baik selepas mereka tersepit dalam Krisis di Filipina.
2. Pada tahun 1984 - 1985, Kerajaan Negara Malaysia juga ada mengeluarkan Kad Pengenalan Warga-Negara Malaysia melalui Projek IC Tajaan Barisan Nasional dibawah Pemerintahan Mahathir Mohamad demi menyelamatkan kuasa Barisan Nasional di Sabah dalam Pilihanraya Umum di Sabah ketika Barisan Nasional menghadapi Krisis Sokongan di Sabah.
Pemberian Kad Pengenalan Warga-Negara Malaysia pada tahun 1975 pada Pelarian Filipina pada gua adalah 1 perkara terpuji yang pernah dilakukan oleh Kerajaan Negara Malaysia dibawah Pemerintahan Tun Razak kerana tujuannya ialah untuk kebaikan saudara seagama kita yang menghadapi kesulitan di Filipina. Pelarian-pelarian Islam WAJIB dibela & dibantu.
TETAPI pemberian Kad Pengenalan Projek oleh pemerintahan Mahathir Mohamad pada tahun 1984 - 1985 adalah 1 perbuatan PALING TERKUTUK pernah dilakukan oleh Negara Malaysia kerana TUJUAN utamanya BUKAN UNTUK MENYELAMATKAN saudara seagama kita di Filipina SEBALIKNYA dengan tujuan MENYELAMATKAN KUASA Barisan Nasional di Sabah.
Hari ini kesannya dapat dilihat. Yang terpaksa bergadai nyawa menyelesaikan masalah yang pada awalnya ditimbulkan oleh Barisan Nasional ialah Anggota-Anggota Keselamatan - ATM & PDRM. Pimpinan Barisan Nasional terutama yang perlu bertanggung-jawab - Mahathir Mohamad hari ini bersenang-lenang dirumah menikmati kehidupan ala-ala VVIP.
Bagi gua x salah bagi kerakyatan pada Pendatang Asing atas nama membantu saudara seagama, tapi kalau atas nama "mempertahankan kuasa", yang akan datang dikemudian hari ialah - MASALAH.
Tukang buat masalah dok lepak apanama apanama apanama, Anggota Keselamatan terutama ATM & PDRM terpaksa bergadai nyawa, Rakyat jadi bengong.
Gambar: Suasana sedih menyelubungi Jeti Operasi Maritim Tok Bali, di Pasir Putih semalam apabila 37 Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menaiki kapal KM Jujur untuk ke Lahad Datu, Sabah bagi menyertai Ops Daulat.
Sanak Saudara Anggota hadir bagi mengucapkan selamat jalan kepada sembilan Pegawai dan 28 anggota yang berlepas jam 8.30 pagi untuk Bertugas Demi Negara.
Bersama kita mendoakan keselamatan Anggota kita yang menyertai Ops Daulat di Lahad Datu Sabah. Sesungguhnya tugas mereka sangat murni dan besar nilainya pada Agama & Negara.
No comments:
Post a Comment