Tuesday, April 30, 2013

Wanita tercantik di china??? fuhyoo..




Banyak orang kata kecantikan sifatnya relatif. Pendapat ini rupanya tidak dipersetujui media massa China.Model bernama Ai Shangzhen disebut-sebut mempunyai kecantikan yang sempurna seantero China. Pendapat ini merujuk kajian terperinci dengan meneliti saiz wajah dan tubuh gadis itu......


Laman divaasia.com melaporkan, Selasa (15/5), beberapa media infotainment China memetik data tubuh gadis 24 tahun ini. Hasilnya, wajahnya yang simetri dianggap ideal. Tinggi badannya 1.8 meter makin sempurna kerana ditunjang lingkar badan 90-60-90.
Shangzhen kini menjalani kerjaya sebagai Hos Rancangan televisyen dan pelakon. Perempuan dari Provinsi Chongqing ini sejak dua tahun terakhir malang melintang di industri permodelan Hong Kong.
Tersangat sempurnanya, banyak pihak menuding Shangzhen menjalani pembedahan plastik. Dia menilai orang yang menuduh demikian harus bertemu orang tuanya. “Para penuding harus melihat kedua-dua orang tua saya supaya tahu keaslian wajah ini,” ujar dia.
Perempuan lulusan Universiti Wuhan ini bahkan malu dengan keadaan tubuhnya. Shangzen mengaku sejak remaja merasa minder kerana mempunyai tubuh yang terlalu tinggi.
Toh, tuntutan kecantikan sempurna yang disebut-sebut media China tidak terlalu benar. Shangzhen nyatanya cuma jadi juara dua dalam pertandingan kecantikan Miss China pada 2008.



Barbie Malaysia yang tercantik

GAMBAR BARBIE MALAYSIA TERCANTIK



301947_560354490675725_1284734358_nInilah dia .
Rupa paras yang indah dan juga sangat menawan, itulah yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita, manusia.

CUN X GAMBAR AWEK FIZO OMAR! ??






GAMBAR BUAH HATI KEKASIH FIZO OMAR | Selepas berteka-teki mengenai hubungan cintanya, pelakon Fizo Omar akhirnya mengesahkan sedang berkawan dengan seorang wanita berusia 25 tahun yang dikenali sebagai Haas Jaafar.
Fizo, 28, berkata, mereka telah berkenalan selama beberapa tahun sebagai rakan biasa dan baru sahaja menjalinkan hubungan istimewa sejak tiga bulan lalu.
"Saya kalau boleh tidak mahu terlalu mendedahkan hubungan cinta ini tetapi saya mengaku memang sekarang saya sedang bercinta dengan Haas.

Bagaimanapun hubungan ini masih lagi diperingkat awal dan kami sedang mengenali hati budi masing-masing," jelasnya ketika ditemui pada majlis sambutan ulang tahun ke 52 Datuk Shah Rezza di sini pada Ahad.

AMAZIN SKIN...HEBAT...

Amazing skin



Body-painting-gallery-art3798Body dan kulit merupakan tempat yang paling menarik untuk diwarna
,diconteng dan dibentuk.Semua ini  menjadi daya penarik kepada lelaki atau perempuan.Lihat dan perhatikan dengan teliti.

(25 Gambar) Nora Danish : Segalanya Untuk Rayqal CUN GILER




Siapa saja lelaki yang digandingkan dengannya dalam drama atau filem pasti akan dikatakan ada hubungan istimewa dengannya di luar lokasi.
Katakanlah apa saja, hakikatnya itulah yang dihadapi pelakon jelita, Nora Danish sejak berpisah dengan suaminya, Rizal Ashram Ramli atau Jejai, lebih tiga tahun lalu.
Anuar Zain, Shaheizy Sam, Adi Putra dan Zizan Razak adalah antara nama-nama besar dalam industri hiburan tempatan yang pernah dikaitkan dengannya. Terbaru, pelakon, pengacara dan pemuzik, Qi Razali pula menjadi ‘mangsa’ seterusnya.

Sekali dua, Nora menerima perkara itu sebagai usikan. Namun apabila terlalu kerap dihambat pertuduhan sedemikian rupa, Nora mengakui dia mula rasa muak.
“Memalukan sebenarnya apabila dikaitkan dengan perkara sebegini. Anak saya, Putera Rayqal Ramli Rizal sedang membesar. Gosip seperti ini tidak elok untuk dia dengar.
Saya tidak mahu apabila dewasa kelak, dia membaca cerita-cerita tidak benar mengenai ibunya. Hidup saya ini semuanya untuk Rayqal.

“Setiap hari keluar rumah saya berpesan dengan diri saya supaya sentiasa menjaga tingkah laku saya sebaik mungkin sebagai menghormati maruah saya sebagai wanita dan ibu. Saya berharap gosip-gosip seperti ini dapat dihentikan,” katanya.

Bak kata pepatah, jika tiada angin masakan pokok bergoyang. Berbalik pada gosip dengan Qi, wanita dengan nama sebenar Nora Danish Mohd Hanif, 31, itu berkata, besar kemungkinan perkara itu timbul selepas dia memuat naik gambarnya bersama Qi menerusi laman Instagram.

“Gambar itu bukan berdua sebaliknya bertiga dengan pelakon kanak-kanak iaitu Yana yang turut berlakon dengan kami dalam filem itu.























Saya sebenarnya suka mengambil gambar bersama pelakon-pelakon di set penggambaran selain merasakan saya ada bakat dalam bidang fotografi.

“Tujuan meletakkannya di laman sosial Instagram adalah sekadar untuk berkongsi dengan peminat perkembangan lakonan saya termasuk pembikinan drama atau filem, tapi orang selalu mentafsir hal ini dengan cara berbeza,” katanya.

Nora berkata, status Qi yang masih bujang dan dirinya sendiri yang kembali bersendirian mungkin menjadi kenapa tempias gosip itu berlaku.

“Saya mahu jelaskan bahawa saya dengan Qi hanya sekadar rakan sekerja, tidak lebih daripada itu. Selesai penggambaran, kami akan kembali dengan kehidupan masing-masing.

“Andai kata satu hari saya mahu berkahwin dengan mana-mana lelaki yang ditakdirkan untuk saya, biarlah saya umumkan sendiri. Orang tidak perlu bimbang,” katanya.

Dalam pada itu, Nora berkata, dalam filem Bencinta, Qi memegang watak sebagai sahabat baiknya yang kemudian menyimpan perasaan terhadap seorang gadis, Fathia lakonannya.

“Dalam filem ini Fathia berkahwin dengan seorang lelaki (Farid Kamil). Di awal percintaan dan perkahwinan, Fathia disayangi suaminya namun selepas mendapat anak, dia sering menjadi mangsa penderaan suaminya itu.

“Fathia kemudian mula rapat dengan seorang lelaki lain (Qi) yang sentiasa melindunginya. Saya puji lakonan Qi kerana sebelum ini saya tidak pernah berlakon dengannya namun setiap lontaran dialognya ada perasaan cinta,” katanya.

mabuk sampAi terkencing dalam seluar..MEMALUKAN,,,


 







logik seorang perpuan????


Saturday, April 27, 2013

Puteri Sarah Nafi Cium, Tapi Gigit Pipi Amar Alfian??????




Berikutan gambar pipi Amar Alfian dikatakan dicium oleh kekasihnya Puteri Sarah semalam, hari ini Puteri Sarah menafikan tindakan tersebut dan mengatakan beliau sebenarnya mengigit pipi Amar.

Beberapa laman web hiburan terkenal dan wartawan telah menghubungi Puteri Sarah bagi mendapatkan  berita yang lebih lanjut.

Ketika diajukan soalan berkaitan ciuman tersebut, Puteri Sarah memberitahu;


“Saya baru terbaca di laman Twitter tentang hal ini. Kalau nak tahu, saya bukannya mencium pipi Amar tetapi menggigitnya ketika majlis sedang berlangsung. Ketika itu dia mengusik saya, dan terus saya mengigigtnya. Kerana saya menggunakan gincu merah, itu yang ada kesan.

“Masa kejadian itu, di belakang saya ada beberapa orang. Saya tidak pasti sama ada mereka perasan atau pun tidak. Bayangkan jika ketika itu Amar datang seorang diri dengan penampilan sedemikian, pasti lain lagi ceritanya. 

“Tambahan pula, mustahil untuk kami lakukan sedemikian rupa di luar sebelum hadir ke majlis. Dan benda yang terjadi itu di tempat khalayak, saya tidak tahu apa lagi yang mahu dicerita fasal kami.”

kecik2 dah pandai..BUDAK2 SEKARANG, HARAPAN JADI BAPAK AYAM






Fuhh!! Punyalah beraninya budak-budak zaman sekarang ni walaupun “baru nak tumbuh bulu pahat” tanpa segan silu melakukan aksi sumbang di tempat umum. Ini macam kalu, yang lelaki tu ada harapan jadi bapak ayam dan yang perempuannya pulak jadi pelacur.
Lagi GAMBAR? baca entri ni sepenuhnya.....