Sunday, March 31, 2013
akibat menipu ibu ???pelajar ini dicekup berkhalwat
LEDANG – Gara-gara mahu bertemu kekasih, seorang pelajar tingkatan empat sanggup menipu ibu sendiri dengan menyuruh menghantarnya ke sebuah restoran makanan segera di bandar ini dan memberi alasan mahu berjumpa dan bermalam di rumah rakan baiknya.
Dia sebenarnya berjumpa dengan teman lelakinya yang berasal dari Seri Menanti, Muar di restoran berkenaan sebelum ke hotel bajet untuk meraikan ulang tahun perkenalan mereka.
Bagaimanapun, gadis berasal dari Bukit Kepong, Muar itu akhirnya dicekup berkhalwat bersama teman lelakinya itu, awal pagi semalam.
Difahamkan, kedua-dua pasangan kekasih itu sering menjadikan hotel bajet terbabit lokasi memadu kasih bagi menyambut ulang tahun perkenalan pertama mereka.
Dalam serbuan kira-kira jam 3.10 pagi itu, gadis berusia 16 tahun itu didapati sedang tidur bersama teman lelakinya berusia 18 tahun tanpa seurat benang dipercayai baru selesai mengadakan hubungan seks.
Difahamkan, pasangan terbabit yang saling mengenali antara satu sama lain sejak setahun lalu mengakui sering datang ke hotel berkenaan dan akan mengadakan hubungan seks setiap kali berjumpa.
Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, serbuan itu dilakukan oleh sepasukan Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) adalah berdasarkan aduan awam.
“Penguat kuasa menunggu kira-kira lima minit sebelum remaja perempuan yang hanya membaluti dirinya dengan tuala membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.
“Pemeriksaan lanjut dalam bilik menemui seorang remaja lelaki tanpa pakaian sedang tidur di atas katil,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Pasangan itu ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.
“Mereka dibawa ke Balai Polis Tangkak untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing.
“Mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” kata Sulaiman.
Sinar
ajaib Anak lembu ??/?
BURTON, Texas -
Seekor anak lembu yang berkaki lima dilahirkan di ladang milik Charles Harmelpada 9 Mac lalu.
Seorang pakar pembedahan haiwan, Dr. Lee Panko kemudian membuat pembedahan bagi membuang kaki kelima itu pada Selasa lalu.
Kaki kelima itu terdapat di atas badan dekat kepala haiwan tersebut.
Menurut Panko dari Hospital Veterinar Brenham di Brenham, Amerika Syarikat (AS), ia merupakan kejadian yang jarang berlaku.
Menurutnya, dia tidak pernah menyaksikan anak lembu berkaki lima itu sebelum ini
Friday, March 29, 2013
Nora Danish Tayang Pebantu Rumahnya Yang Hot Dan Cun! .
Kedua-duanya pada ketika itu sedang berada di dapur. Dan
Nora seperti mengambil candid bersahaja wajah kedua-dua mereka
#Sebenarnya mereka ini adalah adik beradik nora danish. LOL
Tuesday, March 26, 2013
Keadaan Terkini Di Palestin Dan Ketahuilah Sifat Pengecut Tentera Israel Terhadap Remaja Palestin.
Assalamualaikum
Alhamdulilah hari nie masa lagi dapat lihat keindahan ciptaan Allah dan melihat muka mereka yang mampu tersenyum lagi.Allah hantarkan sedikit ujian sebagai peringatan untuk kita sedar seperti kes di sabah itu tentang nilai keamanan . Acik terfikir baru ujian di berikan sedikit tetapi pelbagai kenyataan yang keluarkan . Bukan apa , bagaimana mana mereka yang berada di palestin sekarang nie ??
Bertahun tahun mereka berjuang dan meyaksikan kematian di depan mata mereka sendiri.Anak bini terbunuh , rumah di hancurkan, harta di rampas dan di sakiti. Dari muda hingga tua berjuang berhabis habisan untuk mempertahankan tanah air mereka dan agama mereka dari di jajah anasir luar. Acik kalau di berikan kesempatan teringin sangat nak ke sana, berharap sangat dan acik cuba cari tahu tentang keadaan mereka. Adakah mereka merasa aman ? ataupon masih lagi di gangu ? Acik pergi ke satu page iaitu Aman Palestin Mesir.
Acik sangat terkejut melihat satu gambar yang di postkan di situ di mana tentera israel membuat pemeriksaan kesemua beg-beg anak-anak Palestin sebelum sempat sampai ke sekolah.Kalau di fikirkan kenapa mereka takut sangat sampai budak kecil pon dia nak check ?
Dan paling sedih adalah pemergian Khansa' Palestin iaitu Ummu Nidhal.
Siapa itu Ummu Nidhal ??
Ummu Nidhal juga dikenali sebagai Khansa' Palestin (Khansa adalah nama sohabiyah pada zaman Rasulullah S.A.W)
Beliau adalah seorang 'ibu sejati' yang telah menyerahkan kesemua anaknya untuk menentang musuh dan didoakan agar mereka memperoleh syahid di bumi barakah Palestin. Tiga daripada empat anaknya telah syahid bertemu dengan Allah Azzawajalla. Manakala seorang lagi daripada anaknya masih lagi didalam tahanan Israel.
Ummu Nidhal tidak terkejut menerima berita kematian anak-anaknya bahkan beliau bersedia menyerahkan semua anak-anaknya untuk mati syahid. Beliau pernah berkata ketika diwawancara oleh pemberita tentang pemergian anaknya,
Beliau adalah seorang 'ibu sejati' yang telah menyerahkan kesemua anaknya untuk menentang musuh dan didoakan agar mereka memperoleh syahid di bumi barakah Palestin. Tiga daripada empat anaknya telah syahid bertemu dengan Allah Azzawajalla. Manakala seorang lagi daripada anaknya masih lagi didalam tahanan Israel.
Ummu Nidhal tidak terkejut menerima berita kematian anak-anaknya bahkan beliau bersedia menyerahkan semua anak-anaknya untuk mati syahid. Beliau pernah berkata ketika diwawancara oleh pemberita tentang pemergian anaknya,
"Anak saya telah syahid. Dia yang akan menolong saya dengan kesyahidannya. Sesiapa yang menyayangi anak-anaknya berikanlah sesuatu yang paling berharga semampunya kepada anakmu. Dan perkara paling berharga yang boleh diberikan ialah syurga".
Mesti ada yang katakan , kenapa nak sibuk sibuk di negara orang ,negara sendiri ada krisis . Niat acik bukan apa, setiap hari acik mengikuti kisah di lahad datu untuk mengetahui perkembangan terkini.Ambillah semangat dan ikitbar mereka di palestin yang di hidup dalam kesengsaraan di bumi sendiri. Dan jangan kita merosakkan bumi malaysia ini dari pekara yang tidak tidak. Apa pon kita kena siapkan diri untuk hadapi apa jua kemungkinan yang akan terjadi.
SATU lagi gambar menunjukkan betapa pengecutnya tentera israel apabila bertemu dengan remaja-remaja Palestin yang melontarkan batu-batu ke arah mereka.
Sememangnya yahudi adalah satu bangsa yang pengecut !
Sememangnya yahudi adalah satu bangsa yang pengecut !
Sedekahkan al fatihah kepada 10 tentera kita yang terkorban di sabah serta rakyat palestin yang terkorban dalam peperangan. Semangat rakyat palestin sangat hebat ,walaupon mereka masih muda tetapi mereka tetap bersemgat mahu menghalau israel walaupon hanya baling guna batu.
Ambillah semangat mereka untuk kita pertahankan negara kita. Dan sebagai blogger jangan kita jadi penghancur minda remaja kita dan pemusnah sahsiah diri remeja sekarang. Kita juga perlu berjuang , fildunia wal akirat
Ulama Gesa Amina Direjam Sampai Mati.
Tunisia – Seorang ulama di Tunisia menggesa agar seorang remaja perempuan berusia 19 tahun, Amina yang bergambar bogel dalam Facebook dikuarantin dan direjam dengan batu bagi mengelakkan perbuatan berkenaan menjadi `wabak’.
Alami Adel, yang mengetuai Suruhanjaya Mencegah Maksiat berkata, berdasarkan hukum Islam, Amina perlu dirotan sebanyak 80 hingga 100 kali.
Namun disebabkan kesalahan yang dilakukan adalah serius maka dia perlu direjam sampai mati.
“Dia seperti seseorang yang sakit,’’ katanya.
Amina yang juga anggota kumpulan FEMEN, iaitu pergerakan aktivis wanita telah memuat naik gambarnya yang mendedahkan payu dara sambil menghisap rokok.
Pada badannya ditulis perkataan Arab bermaksud `Badan saya milik saya’.
Dia sebelum itu telah dihantar oleh ibu bapanya ke hospital psikiatrik di Tunis.
Menurut media Tunisia, sabit kesalahan, Amina boleh dihukum penjara hingga dua tahun dan didenda antara $60 hingga $600 dolar.
Tindakan Amina yang tidak bermoral itu telah dikecam banyak pihak malah ada yang mengancam akan membunuhnya.
Dalam pada itu, Khamis lalu, Facebook FEMEN telah digodam dengan gambar-gambar tidak senonoh itu telah digantikan dengan ayat-ayat Al-Quran.
“Syukur pada ALLAH kerana kami berjaya menggodam laman web tidak bermoral ini. Lebih banyak yang akan menyusul,’’ itu mesej yang diletakkan oleh penggodam dikenali sebagai `al-Angour’.
FEMEN merupakan sebuah pertubuhan yang berpengkalan di Ukraine dan ia menghimpunkan wanita untuk melakukan protes dalam keadaan bogel dengan alasan memperjuangkan hak-hak wanita.
inspektor menanggung kesakitan hampir 21 jam akibat ditembak
PUTRAJAYA – Inspektor Mohamad Hasnal Jamil menanggung kesakitan hampir 21 jam akibat ditembak dan tangan kanannya hampir putus ditetak berkali-kali oleh pengganas Sulu di Semporna awal Mac lalu, dan pada Selasa, beliau berkongsi cerita tanpa sedikit pun semangat juangnya luntur demi negara.
“Cuma sedikit terkilan dengan pandangan sesetengah pihak yang mengatakan peristiwa itu hanya sandiwara. Kami tidak minta dihargai cukuplah percaya apa yang kami lalui bukan perkara main-main.
“Kami berjuang demi bangsa dan negara. Kalau sesiapa yang mengatakan ia sandiwara, jika berani pergilah ke sana dan lihatlah sendiri,” katanya pada majlis penghargaan dan sumbangan perwira ‘Operasi Daulat’ oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di sini.
Menurut Mohamad Hasnal, 31, beliau ditembak tiga kali mengenai perut dan lengan kirinya, ditetak tiga kali di kepala dan tiga kali di tangan kanan semasa bertempur dengan musuh di Kampung Seri Jaya, Semunul, Semporna Sabah, kira-kira pukul 7.30 malam, 2 Mac lepas.
“Selepas terkena tembakan itu, saya diserang pula oleh pengganas yang cuba menetak dengan parang, mujurlah saya dapat melawan kalau tidak mungkin menyebabkan leher saya putus.
“Dalam keadaan berlumuran darah saya terpaksa berlari menyelamatkan diri di sebuah rumah kecil di kawasan berhampiran tempat pertempuran,” katanya yang ketika itu merasakan detik kematian begitu hampir.
Beliau bersembunyi di rumah itu bersama sekujur tubuh rakannya yang terkorban bersama sembilan anggota yang lain. Hanya doa yang dapat diungkapkan di saat itu memohon perlindungan Allah.
“Rakan-rakan lain juga banyak memberi sokongan dan kata-kata perangsang untuk saya tabah dan kuatkan semangat, sementara menanti bantuan tiba, mereka membantu saya untuk minum, yang ada hanya air hujan,” katanya.
Malam dirasakan terlalu panjang baginya, ditambah pula tidak dapat melelapkan mata kerana badannya dihurungi lalat dan semut, sebab terlalu banyak darah yang keluar.
Dalam keadaan parah, beliau masih menyembunyikan perkara sebenar apabila dapat menghubungi isterinya pada keesokan pagi.
“Saya perlu tutup telefon sebab bimbang dapat dikesan pengganas, jadi saya cuma beritahu akan menghubungi isteri petangnya.
“Rakan-rakan hanya dapat menjenguk sekejap-sekejap kerana mereka perlu sentiasa berjaga mengawasi pergerakan musuh,” katanya.
Bantuan tiba kira-kira pukul 5.30 petang (3 Mac), dan wira negara itu diterbangkan ke Hospital Tawau untuk rawatan dan pembedahan.
Dua hari kemudian beliau sekali lagi menjalani pembedahan di Hospital Selayang, Kuala Lumpur pula.
Anak kelahiran, Felda Teloi Timur, Sik Kedah itu berkata apa yang dialami tidak melemahkan semangatnya untuk terus menabur bakti, kerana baginya insiden ini antara cabaran dalam tugasan, dan tanggungjawabnya mempertahan kedaulatan negara.
Mohamad Hasnal hadir bersama balu dan waris yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan Semporna pada majlis itu.
Dua anggota polis terkorban di Lahad Datu pada 1 Mac dan enam di Semporna Sabah pada 2 Mac.
Beberapa orang lagi cedera dan seorang anggota tentera turut gugur dalam satu lagi pertempuran di Lahad Datu.
Seorang anggota tentera terbunuh dalam kemalangan mengikuti konvoi Operasi Daulat itu.
Suasana pilu turut dirasakan pada majlis itu, apabila syair bertajuk “Ayahku Seorang Perwira” hasil nukilan Setiausaha Akhbar Menteri KPDNKK Datuk Ruhaidini Abd Kadir, dilagukan oleh Tengku Khalidah Tengku Bidin. BERNAMA
wah Sensasi Human Body Painting
Seni melukis pada tubuh badan semakin mendapat tempat di kalangan artis yang ingin mencari kelainan dan kepuasan. Media yang biasa digunakan adalah cat akrilik. Kesabaran dan ketelitian diperlukan dalam menghasilkan seni ini.
pornstar dalam filem 'Izzah' didedah. cek tengok betoi ka dak?.
Seperti kita juga, Nurul Izzah pastinya tertunggu-tunggu siapa gandingannya dalam filem seks paling low class pernah dicipta dalam dunia moden. Adakah kemungkinannya adalah TS Khalid Ibrahim?
Wanita yang melakonkan wataknya dalam video tersebut sudah didedahkan. Tidak dapat dipastikan namanya. Tetapi wajahnya sudah didedahkan di media internet.
Namun masih belum dapat dipastikan kesahihan bahawa dia adalah pelakon aksi seks yang bakal diterbitkan.
Nangis pun lawa ... siot! |
Dengan lahirnya video itu kelak maka kita menemui satu lagi spesis dajjal yang berupa manusia. Olang bukan olang.. wakaka
COMENT AKU..PASTI BUKAN DIA..DUNIA POLITIK NI KEJAM..
Gambar lelaki yang menjadi wanita !!.
Amalan transgender semakin berada di tahap kritikal. Semakin ramai lelaki transform menjadi perempuan. Undang-undang di Amerika yang mengiktiraf golongan (atas nama hak asasi manusia) ini adalah punca peningkatan gejala transgender.
Lelaki di luar sana, tak kira di USA atau Malaysia, gejala LGBT ini sudah banyak menular di mana - mana negara. Berhati-hatilah memilih pasangan.
Buah dada saya adalah 'Air bag'.
Buah dada saya adalah penyelamat saya. Ia sesuatu berfungsi seperti 'airbag'. Itulah yang berlaku kepada Sheyla Hersley seorang model dari Brazil yang mempunyai saiz buah dada 38KKK.
Saiz buah dadanya yang besar telah menyelamatkan nyawanya dari satu kemalangan. Ketika kemalangan tersebut dia tidak memakai tali pinggang keledar. Kereta yang dinaikinya telah melanggar sebatang pokok dan berpusing-pusing dan melanggar beberapa batang pokok lagi.
Dan menurutnya buah dada tiruannya yang bersaiz besar itu telah menyelamatkan nyawanya. Sheyla adalah seorang pemegang Rekod Dunia mempunyai buah dada tiruan yang paling besar !
Gaya seorang pemegang Rekod Dunia - Buah Dada Tiruan Terbesar di Dunia !
Saiz buah dadanya yang besar telah menyelamatkan nyawanya dari satu kemalangan. Ketika kemalangan tersebut dia tidak memakai tali pinggang keledar. Kereta yang dinaikinya telah melanggar sebatang pokok dan berpusing-pusing dan melanggar beberapa batang pokok lagi.
Dan menurutnya buah dada tiruannya yang bersaiz besar itu telah menyelamatkan nyawanya. Sheyla adalah seorang pemegang Rekod Dunia mempunyai buah dada tiruan yang paling besar !
Gaya seorang pemegang Rekod Dunia - Buah Dada Tiruan Terbesar di Dunia !
Hobi boleh jadi Jutawan.
Seorang pelajar sekolah di sini, Nick D’Aloisio yang berusia 17 tahun menjual satu aplikasi bagi membolehkan teks berita dapat dibaca menerusi telefon bimbit kepada syarikat Yahoo! dalam urus niaga yang dianggarkan sebuah akhbar bernilai sehingga AS$60 juta (RM184.1 juta).
Aplikasi itu akan membolehkan D’Aloisio menjadi salah seorang jutawan termuda di dunia. Ia dicipta pada November 2012. Syarikat Yahoo! tidak mendedahkan perjanjian urus niaga itu tetapi akhbar London Evening Standard menyatakan Yahoo! akan membayar antara AS$30 juta (RM92.05) hingga AS$60 juta (RM184.1 juta). Menurut syarikat itu menerusi satu kenyataan bahawa ia teruja untuk memiliki Summly yang memudahkan maklumat diperoleh dengan pantas, mudah dan ringkas.
Ketika berusia 15 tahun, D’Aloisio mencipta aplikasi Summly di rumahnya di sini. Syarikat Yahoo! menyatakan, D’Aloisio dan pasukan Summly akan menyertai syarikat itu dalam tempoh beberapa minggu lagi. D’Aloisio membuat kenyataan di Twitter dengan menyatakan: “@Summly telah menandatangani satu perjanjian untuk dimiliki Yahoo! “Teruja untuk memulakan babak baharu Summly! “Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan kepada saya.” Akhbar London Evening Standard menyatakan, D’Aloisio pada mulanya mencipta aplikasi itu sebagai hobi.
“Saya tidak menyedari ia boleh menghasilkan wang,” kata D’Aloisio. Ketika ditanya tentang pendapatannya yang besar ekoran pembelian syarikatnya, D’Aloisio berkata” “Saya suka kasut. Saya akan membeli sepasang kasut Nike dan saya mungkin memperoleh sebuah komputer baharu. “Namun, buat masa kini, saya hanya mahu menyimpan wang itu di bank. “Saya tidak perlu untuk banyak berbelanja.” D’Aloisio belajar kod komputer semasa berumur 12 tahun selepas Stor Aplikasi Apple dilancarkan.
Dia kemudian mencipta beberapa aplikasi termasuk Facemood yang merupakan perkhidmatan yang menganalisis sentimen bagi menentukan mood para pengguna Facebook. Pelajar itu juga pernah mencipta aplikasi perkhidmatan mencari muzik, SongStumblr. D’Aloisio turut memberikan nasihat kepada beberapa remaja iaitu: “Jika anda mempunyai idea yang baik atau anda terdapat satu ruang kosong di dalam pasaran, terokailah dan lancarkannya kerana terdapat beberapa pelabur di seluruh dunia kini yang mencari syarikat-syarikat untuk membuat pelaburan.”
Aplikasi itu akan membolehkan D’Aloisio menjadi salah seorang jutawan termuda di dunia. Ia dicipta pada November 2012. Syarikat Yahoo! tidak mendedahkan perjanjian urus niaga itu tetapi akhbar London Evening Standard menyatakan Yahoo! akan membayar antara AS$30 juta (RM92.05) hingga AS$60 juta (RM184.1 juta). Menurut syarikat itu menerusi satu kenyataan bahawa ia teruja untuk memiliki Summly yang memudahkan maklumat diperoleh dengan pantas, mudah dan ringkas.
Ketika berusia 15 tahun, D’Aloisio mencipta aplikasi Summly di rumahnya di sini. Syarikat Yahoo! menyatakan, D’Aloisio dan pasukan Summly akan menyertai syarikat itu dalam tempoh beberapa minggu lagi. D’Aloisio membuat kenyataan di Twitter dengan menyatakan: “@Summly telah menandatangani satu perjanjian untuk dimiliki Yahoo! “Teruja untuk memulakan babak baharu Summly! “Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan kepada saya.” Akhbar London Evening Standard menyatakan, D’Aloisio pada mulanya mencipta aplikasi itu sebagai hobi.
“Saya tidak menyedari ia boleh menghasilkan wang,” kata D’Aloisio. Ketika ditanya tentang pendapatannya yang besar ekoran pembelian syarikatnya, D’Aloisio berkata” “Saya suka kasut. Saya akan membeli sepasang kasut Nike dan saya mungkin memperoleh sebuah komputer baharu. “Namun, buat masa kini, saya hanya mahu menyimpan wang itu di bank. “Saya tidak perlu untuk banyak berbelanja.” D’Aloisio belajar kod komputer semasa berumur 12 tahun selepas Stor Aplikasi Apple dilancarkan.
Dia kemudian mencipta beberapa aplikasi termasuk Facemood yang merupakan perkhidmatan yang menganalisis sentimen bagi menentukan mood para pengguna Facebook. Pelajar itu juga pernah mencipta aplikasi perkhidmatan mencari muzik, SongStumblr. D’Aloisio turut memberikan nasihat kepada beberapa remaja iaitu: “Jika anda mempunyai idea yang baik atau anda terdapat satu ruang kosong di dalam pasaran, terokailah dan lancarkannya kerana terdapat beberapa pelabur di seluruh dunia kini yang mencari syarikat-syarikat untuk membuat pelaburan.”
hANGAT! Lagi Fatwa Songsang Terbaru ?
Semakin hari, pendekatan politik pembangkang dilihat semakin sesat dan menyesatkan khususnya pendekatan yang digunakan oleh pimpinan Pas. Menjelang pilihanraya umum ini dapat dilihat bermacam-macam ‘fatwa songsang’ yang dikeluarkan bagi mengelirukan orang awam.
Sebagai contoh sekiranya dahulu, apabila tiba musim pilihanraya umum, ayat yang sering digunakan ialah ‘mengundi Pas masuk syurga’, ‘bekerja dan membantu Pas adalah seperti membantu Islam’, ‘tidak masuk syurga bagi sesiapa yang tidak mengundia Pas’ dan sebagainya.
Itulah antara ayat-ayat kempen yang dilihat mengunakan Islam bagi mengelirukan orang awam khususnya kepada mereka yang tidak mempunyai kefahaman tentang agama yang tinggi.
Terbaru, penceramah bebas yang diangkat sebagai ulama tersohor Pas, Azhar Idrus mengatakan hukum menghasut dibenarkan di dalam Islam sekiranya berniat untuk melakukan perubahan. Bekas pemain gitar kumpulan pop Iklim itu mengeluarkan kenyataan tersebut ketika diajukan soalan oleh Hishamuddin Rais dalam wacana Malam Seni Untuk Perubahan semalam.
Walaupun kenyataan yang diberikan itu agak ringkas, namun sekiranya diteliti ia mempunyai maksud yang mendalam dan boleh menyebabkan berlakunya kerosakkan yang lebih besar.
Menurut Kamus Dewan (edisi ke-4) menghasut membawa maksud menjadikan orang sakit hati atau marah kepada orang lain, mengapi-apikan dan sebagainya. Manakala menurut Islam disebut juga sebagai mengadu-domba yang merupakan perkataan Arab ‘an-namimah’.
An-namimah berasal dari perkataan an-namma yang bererti mengeluarkan berita dengan tujuan menghasut. Dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiah al-Muyassarah, an-namimah bermaksud memindahkan atau menyampaikan berita pada orang lain dengan tujuan yang tidak baik.
Menurut Imam al-Ghazzali Rahimahullah, perkataan an-namimah pada kebanyakan pendapat adalah menyampaikan percakapan orang lain kepada orang yang dikatakan. Contoh: Seseorang berkata kepada seseorang yang lain “ Si Fulan mengatakan tentang engkau begini begini”.
Selain daripada itu, ia juga diertikan sebagai ‘Ghibah’ iaitu keinginan untuk menghancurkan orang, suatu keinginan untuk menodai harga diri, kemuliaan dan kehormatan orang lain, sedang mereka itu tidak ada di hadapannya. Ini menunjukkan kelicikannya, sebab sama dengan menusuk dari belakang. Sikap semacam ini salah satu bentuk daripada penghancuran.
Firman Allah SWT:
“Dan jangan sebagian kamu mengumpat sebagiannya.” (al-Hujurat: 12)
Rasulullah SAW turut menjelaskan maksud ayat tersebut agar mudah difahami oleh para sahabat.
“Bertanyalah Nabi kepada mereka: Tahukah kamu apakah yang disebut ghibah itu? Mereka menjawab: Allah dan RasulNya yang lebih tahu. Maka jawab Nabi, yaitu: Kamu membicarakan saudaramu tentang sesuatu yang ia tidak menyukainya. Kemudian Nabi ditanya: Bagaimana jika pada saudaraku itu terdapat apa yang saya katakan tadi? Rasulullah s.a.w. menjawab: Jika padanya terdapat apa yang kamu bicarakan itu, maka berarti kamu mengumpat dia, dan jika tidak seperti apa yang kamu bicarakan itu, maka berarti kamu telah menuduh dia.” (Riwayat Muslim, Abu Daud, Tarmizi dan Nasa’i)
Seterusnya, perlu juga difahami, perbuatan menghasut ini adalah merupakan sebagian dari perbuatan syaitan, lihat sahaja bagaiman dia menghasut Nabi Adam AS dengan tipu dayanya sehingga melanggar arahan dan perintah Allah SWT. Natijahnya dari itu Nabi Adam AS dan isterinya dikeluarkan dari syurga dan dicampak ke dunia.
Ia memberikan maksud yang jelas kepada kita, perbuatan menghasut ini adalah merupakan satu satu dari perangai Syaitan yang dilaknat bagi menyesatkan manusia sehingga ke hari kiamat, sesuai dengan janjinya. Firman Allah SWT:
“ Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku (yang beriman), supaya mereka berkata dengan ucapan-ucapan yang amat baik; sesungguhnya syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka; sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia”. [al-Isra’ 17:53]
“Dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji, dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui”. [al-Baqarah 2:168-169]
Kesimpulanya hukum menghasut adalah merupakan perbuatan yang dilarang Islam selain berdosa besar ia juga merupakan salah satu perangai Syaitan dalam menyesatkan manusia.
Namun fatwa sonsang Azhar Idrus ini mungkin saling berkait rapat dengan kenyataan Nik Aziz suatu ketika dahulu yang mengatakan `Pas sanggup berkawan dengan syaitan sekalipun untuk mengalahkan BN’. Selamat Beramal.
Subscribe to:
Posts (Atom)