Thursday, May 2, 2013

fuyyooo...5 Aksesori Galaxy S4 v1


hot 

Top


Samsung Galaxy S4 merupakan telefon pintar utama terkini dari Samsung, kehadiran Galaxy S4 sudah pasti akan keluarnya aksesori terbaik yang menyokong peranti terbaru ini. Pengguna yang telah membeli atau masih menempah mungkin akan mencari aksesori terbaik bagi mengandingkan penggunaan terhadap peranti terbaru mereka

Berikut adalah beberapa aksesori Samsung Galaxy S4 yang di jual beserta di halaman web mereka seperti S Band, S View Cover, Game Pad, Wireless Charging Cover dan Flip Cover.

S Band

Dapat mengesan pergerakan kita, kalori, jarak dan kualiti tidur dan mengesan kecergasan badan si pemakai disamping menyimpan segala statistik kedalam aplikasi Health 2.0 pada telefon pintar.

S View Cover


Dengan adanya penutup S View, membolehkan kita melihat segala maklumat yang masuk melalui ruang kecil yang terbuka di bahagian hadapan tanpa kita slide untuk membuka. Perlindungan ini juga membolehkan kita untuk menjawab panggilan dengan mudah.

Game Pad


Para pengguna yang memang benar kaki game boleh bergembira jika melihat aksesori ini kerana dengan adanya Bluetooth pad, permainan mudah alih ini mirip kepada pengawal seperti Xbox. Malah ianya mempunyai sistem dok untuk telefon pintar yang mungkin juga menyokong Galaxy Note 2.
Wireless Charging Cover


Aksesori terbaru mengecas telefon pintar kita tanpa menggunakan wayar adalah sebuah kelengkapan yang agak unik dan canggih, mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana mengecas sesebuah telefon pintar tanpa wayar, bagaimana aliran elektrik itu bergerak? secara ringkasnya konsepnya sama seperti aliran gelombang wifi yang bergerak di persekitaran kita. Tetapi wireless charging ini masih memerlukan sokongan cover dan spekulasi terbaru yang pernah kami dengar mungkin Samsung akan bangunkan wireless charging tanpa sokongan cover pada masa akan datang.

Flip Cover


Flip Cover ini yang didatangkan untuk Galaxy S4 adalah mirip dengan Galaxy S3, oleh kerana Galaxy S4 ini adalah sangat nipis, jadi cadangan penggunaan Flip Cover adalah disarankan bagi memudahkan untuk kita memegang dan membawa kemana-mana. Flip Cover ini juga didatangkan dengan pelbagai warna mengikut personaliti si pemakai.

No comments:

Post a Comment