Monday, May 27, 2013

COOL Pelakon Indonesia Dalam Fast Furious 6..




joe taslim in fast and furious 6 

Sedang syok-syok tengok Fast 6 hari tu, aku rasa macam ada dengar perkataan Melayu.. Aku ingat aku yang berangan.. Tapi rupanya betul..

Rupanya mamat yang berlakon cerita The Raid Redemption ni ada berlakon dalam filem Fast 6 tu.. Joe Taslim merupakan seorang pelakon dari Indonesia yang memegang watak sebagai JAH iaitu salah seorang orang suruhan Shaw.

Anak kelahiran palembang indonesia ini pasti menjadi bualan kepada peminat industri di asia kerana berjaya berlakon dalam filem di hollywood . Apa yang lebih menarik adegan Joe berbahasa Indonesia dalam filem Fast and Furiuos tidak dipotong kalau perasanlah ada keluar perkataan “hentam mereka”..

Tahniah lah kepada Abg Joe.. Cerita Raid Redemption tu rasa lagi terbaik kot dari Fast 6 ni.. Support industri Filem Nusantara!! Haha..

Pelakon Aksi Indonesia sudah, Malaysia bila lagi.. Aaron? Adi Putra? Opss itu Singapura! Malaysia Siapakah??

No comments:

Post a Comment