Friday, May 17, 2013

Kronologi Nakbah Palestin 1948????




Sempena Hari Memperingati Nakbah Palestin hari ini 15hb Mei, jom kita mengimbau sejarah peristiwa nakba ah yang menjadi titik hitam dalam kehidupan rakyat Palestin khususnya dan seluruh umat Islam  secara amnya.
 

Sebelum ini Kenit tak pernah didedahkan dengan cerita mengenai Hari Nakbah Palestin ini. Di sekolah, tiada juga diselitkan mengenainya dalam subjek Pendidikan Islam. Apatah lagi, di televisyen sukar sekali kita hendak mengetahui tentang sejarah-sejarah yang berlaku di negara lain.

Namun, syukur kepada Allah, Kenit masih lagi dikurniakan kesempatan di usia yang sedang menginjak ke 30-an ini diberikan peluang dan ilmu untuk mengenal sejarah Nakbah Palestin melalui media alternatif ini. Semoga dengan perkongsian ilmu ini, kita sama-sama dapat mendidik anak cucu kita tentang sejarah ini. Barulah kita menjadi semakin celik sejarah bukannya buta sejarah..ke guaner?hehehe.

Bermulanya sejarah Nakbah ini dipahatkan kepada beberapa kronologi:
 

 
KRONOLOGI NAKBAH (1)FIRST ZIONIST CONGRESS
Persidangan Zionis Antarabangsa Pertama


Idea penubuhan negara khas Yahudi telah dipelopori oleh Theodor Herzl, seorang warga hungary yang merupakan pengasas fahaman Neo-Zionisme. Idea tersebut 
telah dibukukan dalam sebuah buku bertajuk Die Judem Stat (Negara Yahudi) pada tahun 1896.

Theodor Herzl berjaya menubuhkan Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO) dan membuat persidangan pertama pada 29-31 Ogos 1897 di Basel, Switzerland. Pada hari kedua persidangan suatu kata putus telah dicapai :

"Zionisme bertujuan untuk menubuhkan rumah orang-orang Yahudi di Palestin yang dijamin di bawah undang-undang awam."

Maka bermulalah langkah gerakan Zionis dalam usaha membentuk sebuah Negara Yahudi di Palestin.
 

Theodor Herzl pernah menulis dalam diarinya bertarikh 1 September 1897 :

“At Basel I founded the Jewish State. If I said this out loud today I would be greeted by universal laughter. In five years perhaps, and certainly in fifty years, everyone will perceive it.”

KRONOLOGI NAKBAH (2)

CUBAAN MEMBELI TANAH PALESTIN DARI KHALIFAH
Rundingan antara Theodor Herzl dan Sultan Abdul Hamid II

Pada tahun 1901 Theodor Herzl telah menghantar seorang wakil bernama Lewinsky kepada Sultan Abdul Hamid II untuk me
ndesak baginda menjual tanah Palestin, namun telah ditolak secara keras oleh baginda. Sultan Abdul Hamid II berkata :

"Aku tidak akan menjual walau seinci dari tanah ini (Palestin), kerana tanah ini bukan milikku tetapi milik umat Islam, mereka telah membayar tanah ini dengan darah mereka, dan kami akan menebus tanah ini dengan darah kami."
 

Theodor Herzl sekali lagi cuba berunding dengan pergi sendiri menghadap sultan pada tahun 1902, dengan melakukan beberapa tawaran iaitu :

1. Memberi 150 juta pound sterling Inggeris khusus untuk Sultan.
2. Membayar semua hutang pemerintah Uthmaniyyah yang mencapai 33 juta pound sterling Inggeris.
3. Membangun kapal induk untuk menjaga pemerintah dengan biaya 120 juta frank.
4. Memberi pinjaman 5 juta pound sterling tanpa bunga.
5. Membangun Universiti Uthmaniyyah di Palestin.

Tawaran itu turut ditolak oleh Sultan Abdul Hamid II dengan jawapan :

"Jika engkau mahu membeli Palestin, ketahuilah harganya adalah seluruh darah umat Islam."

Theodor Herzl meneruskan usaha jahatnya itu dengan membuat rundingan dengan pelbagai pihak, antaranya adalah raja German, satu-satunya rakan pakatan Kerajaan Uthmaniyyah, yahudi Zionis ini juga berjaya menghasut pemimpin-pemimpin dalaman Uthmaniyyah sehingga berlakunya penggulingan khilafah secara sempurna pada 1924.
 
 
 
KRONOLOGI NAKBAH (3)DEKLARASI BALFOUR 1917
Sokongan British terhadap Zionis


Deklarasi Balfour merupakan sebuah surat bertarikh 2 November 1917 daripada Setiausaha Luar British Arthur James Balfour kepada pemimpin Yahudi British Lord Rothschild untuk dikirimkan kepada Persekutuan Zionis British dan Ireland.
 
 

Surat ini menggambarkan kedudukan yang diambil oleh Kabinet British seperti yang dipersetujui semasa mesyuarat pada 31 Oktober 1917. Ia juga menyatakan deklarasi ini sebagai isyarat"simpati kepada aspirasi Zionis Yahudi."

Deklarasi ini kemudiannya disiarkan secara umum pada 9 November 1917 dan menjadi kenyataan rasmi dasar kerajaan British menyokong penubuhan negara orang Yahudi di Palestin.

Ini merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian antarabangsa.


KRONOLOGI NAKBAH (4)
 
Holocaust dan Kedatangan Yahudi ke Palestin.

Apa itu Holocaust?
Holocaust adalah satu peristiwa yang dirancang secara sistematik oleh Nazi German yang diketuai oleh Hitler dengan kerjasama pemimpin Zionis di Eropah pada Perang Dunia Kedua. Pembunuhan Yahudi di Eropah secara beramai-ramai itu adalah bertujuan untuk mempercepatkan perpindahan Yahudi Eropah bagi mempercepatkan penubuhan negara yang dikhususkan untuk Bangsa Yahudi iaitu di Palestin.

Pemimpin Zionis mempunyai terlalu banyak peluang untuk menyelamatkan bangsa Yahudi Eropah jika mereka mahu berbuat demikian. Namun jenayah terancang ini dilakukan demi cita-cita besar mereka untuk membina negara Israel dan kemudiannya Israel Raya.
 

Penghijrahan beramai ramai Yahudi ke Palestin.

Sejak tahun 1933 berlakulah penghijrahan beramai-ramai yang sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah ke Palestin. Seterusnya menjadikan perubahan demografi buat tanah Palestin di mana pada asalnya seramai 55 000 orang yahudi meningkat mendadak kepada 646 000 orang yahudi pada tahun 1948.

Akhirnya, kebanyakan dari pendatang Yahudi adalah di perlukan untuk berkhidmat menjadi tentera tentera underground seperti Haganah, Irgun dan Stern yang di tugaskan untuk memusnahkan kampung kampung penduduk asal Palestin bagi memudahkan laluan untuk membina sebuah Negara Israel.
 

No comments:

Post a Comment