Saturday, July 20, 2013

Bercerai Sebab Takde Duit, Salah Siapa???


" 50% pasangan suami isteri Islam bercerai dalam tempoh masa 3 tahun yang pertama. Salah satu puncanya ialah kesempitan wang." dari link Sasha bercerai kerana kesempitan wang.Woah..pagi-pagi dah baca gosip. Sekarang ni kriteria utama yang Sasha letak dalam mencari suami adalah kestabilan kewangan.



Memang orang laki akan cakap 'eiiii mata duitannya kau pompuan!". Tapi realitinya, no money no talk. Lepas kahwin, nak bayar itu ini, nak tunaikan kehendak macam-macam, nak shopping hari-hari semua guna duit bukan daun!

Sorry to say la, laki yang mampu dan ade kestabilan kewangan takkan tergugat bila wanita letakkan kewangan yang stabil sebagai kriteria utama. Malah mereka akan faham. Sebab lebih baik awal-awal terus terang cakap tak sanggup hidup susah dari nanti dah kahwin terkejut tengok bini mintak macam-macam. Karang 10 tahun kahwin asik bergaduh pasal takde duit, takde duit! Sape yang susah?

Jadi lagi baik perempuan bagitahu awal-awal ape dia nak pada bakal suami. Kalau kau jenis perempuan yang memang tak tahan tunggang motor and mau naik kereta berbumbung, baik jujur je la dari dah kawin nanti ko hari-hari merungut panas, sakit pinggang and so on. Hari-hari mintak suami duit,duit, duit!

Tertekan pulak kat suami, nak cari duit, nak puaskan hati isteri, kerja pagi petang siang malam, takde masa nak teman bini, nak hiburkan bini, nak bagi masa layan anak-anak. Masa tu bini complaint pulak suami tak de masa padahal suami tu pergi cari duit untuk puaskan hati kau. So, women try to get it?



Jangan cakap tak kisah hidup susah padahal merungut hari-hari. Kalau betul-betul tak kisah hidup kesempitan wang tu takpe, redha dan sama-sama usaha dengan suami macam mana nak cari income lebih. Jual goreng pisang, jual minyak, jual sayur dan macam-macam lagi.

Macam dalam filem Ahmad Albab "Kemewahan dan kebahagian bukan bapak yang tentukan, tapi Allah swt". Kalau terasa kesempitan wang, yang isteri jangan nak jadi diva tiap-tiap bulan tunggu suami hulur duit. Husband is not ATM machine! Kerjasama dengan suami macam mana nak improve kewangan bukan hari masuk bulan masuk tahun complain tak de duit!~

Hidup ini mudah, jangan jadikannya rumit,jangan salahkan suami sendiri dengan keputusan bodoh yang kita buat. Kita bertanggungjawab atas setiap keputusan yang kita amik. Kenali diri tu betul-betul barulah kita boleh kenali bakal suami kita.


Frankly, tanyalah suami aku, perkara pertama yang aku beritahu masa 3 hari kenal, kriteria utama laki yang aku nak, adalah yang stabil, tak malas, yang pandai cari duit sebab aku tak suka laki pemalas. Kenapa aku cakap macam tu? Senang.. Aku tak nak jadi hipokrit dan pretending aku tak kisah kalau tak de duit nak pergi jalan, nak pergi tengok wayang, nak beli macam-macam, dan obviously perempuan memang bernafsu macam-macam.

Aku sendiri jenis yang usahakan untuk cari duit lebih. Takkan nak cari lelaki yang tahu menumpang? Mestilah nak cari yang sama-sama kuat kerja jugak. Yang sama-sama buat bisnes agar kita sama-sama dapat income lebih untuk rumahtangga yang kita bina. Bukan just demand macam-macam tapi tak pernah nak kerja lebih untuk cari duit!

I don't care about what people say or what my future husband think with what i want.

Biar apa orang kata. Its the risk that i take and that is the risk that he take. Dia tak kisah dan sahut cabaran sebab he knows yang he can provide me with that. Alhamdulillah lepas kahwin tak pernah pulak bergaduh pasal takde duit sebab aku dah cakap awal-awal itu yang aku nak. Stability.

Bergaduh tetap bergaduh, biasalah suami isteri tapi at least we eliminate this one reason from fighting.

Mudah kan? Ini adalah pesanan penting pada semua orang dan diri sendiri. Aku percaya kalau aku nak duit lebih, bukan setakat boleh harap suami bagi, aku sendiri kena kerja kuat, baru income bertambah. Goyang kaki takkan datangkan apa-apa. Guna otak, dan cari duit! DO-IT now!~

No comments:

Post a Comment