Thursday, May 30, 2013

Kejam: Orang Ramai Hanya Memerhati Seorang Wanita Dibunuh Kejam????



CHINA – Seorang wanita telah menjadi mangsa pembunuhan kejam apabila ditikam dengan senjata tajam bertubi-tubi sehingga mati oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di dalam satu kejadian ngeri yang berlaku di sini baru-baru ini.
 
Kejadian yang mendapat liputan meluas di seluruh dunia itu turut dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) dan telah dimuat turun di laman Youtube oleh individu yang dikenali sebagai nkwopara32.

Menurut nota yang diletakkan oleh nkwopara32 di lama Youtube tersebut, wanita itu dipercayai berusia 28 tahun yang sedang berjalan kaki di tepi jalan sebelum disapa oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Di dalam video sepanjang lima minit itu, difahamkan bahawa lelaki itu cuba memujuk dan memaksa wanita tersebut untuk masuk ke pusat hiburan karaoke yang berhampiran untuk berhibur.

Bagaimanapun, wanita itu dikatakan menolak desakan lelaki itu dan menyebabkan lelaki itu berang lantas menyerang serta menikam mangsa berkali-kali sehinga mati dengan menggunakan objek tajam yang dipercayai pisau.

Mengejutkan, lelaki itu jelas ‘berhati kering’ apabila berani membunuh mangsa di tempat awam di mana ramai orang ramai lalu lalang di situ pada siang hari.

Namun, agak malang bagi wanita itu apabila tidak ada seorang pun dari kalangan orang ramai yang berada di lokasi kejadian yang sanggup memberi bantuan kepadanya.

Menurut pemuat turun video tersebut, lelaki kejam itu telah ditahan oleh pihak berkuasa negara itu dan di dakwa di mahkamah atas pertuduhan membunuh mangsa.

Persoalannya, apakah kejadian tersebut merupakan perkara biasa yang berlaku di negara tanah besar China itu?

Apakah warga China kurang prihatin terhadap kekejaman atau takut untuk menghentikan jenayah yang berlaku di depan mata?

Bagaimana pula situasi di Malaysia dan masyarakat negara kita sekiranya ‘budaya’ tersebut menular di sini?

Apakah ada jaminan bahawa insiden tersebut tidak akan berlaku di Malaysia?

No comments:

Post a Comment