Friday, May 24, 2013

Tips kecantikan untuk wanita 30-an????



Tips kecantikan untuk wanita 30-an

kesibukan wanita menguruskan tugasan pejabat dan tugasan tetap dirumah,menyebabkan ramai diantaranya kesuntukan masa untuk menguruskan diri sendiri.Tugas sebgai ibu bukan sahaja penting dalam menguruskan anak-anak malahan perlu menitikberatkan soal kecantikan agar sentiasa anggun dan berjaya.
Curi sedikit masa untuk merawat,menjaga dan memanjakan diri anda sendiri.Bukan sahaja anak malahan suami juga akan bertambah sayang.Tips berikut dapat membantu wanita 30-an dan  telah bergelar ibu untuk mengimbangi keterampilan dan kesihatan diri.


1.Jangan abaikan Krim pelembap
Jaga kecantikan kulit wajah dengan mengunakan krim pelembap.Apabila berusia 30-an keanjalan dan kelembapan kulit wajah semakin berkurangan.Cari pelembapatau krim pelindung cahaya matahari yang sesuai dengan kulit wajah anda.Seeloknya aplikasikannya sebelum bersolek.

2.Elakkan bersolek terlalu tebal

Gunakan solekan yang nipis dan sederhana bagi menampakkan keserian pada wajah anda.Cuba elakkan mengunakan FOUNDATION terlalu tebal dan lipstik yang merah menyala.Ini bagi mengelakkan anda kelihatan lebih tua dan nampak garang.Pilihan warna yang natural dan lembut adalah tepat untuk anda.

3.Elakan  terdedah kepada cahaya matahari

Cahaya matahari boleh menyebabkan kulit anda menjadi gelap serta mengurangkan kelembapan kulit sehingga boleh menyebabkan kekeringan.Jangan biarkan wajah anda terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama.

4.Manjakan diri di Spa

Cari sedikit masa untuk anda memanjakan diri di spa sekurang-kurangnya sebulan sekali.Tinggalkan segala tugasan buat sementara waktu  dan tenangkan fikiran anda.Lakukan urutan di spa yang bertauliah bagi megembalikan keanjalan kilit serta memulihkan tenaga anda.Disamping itu dapatkan juga rawatan wajah.

5.Kawal pemakanan 

permakanan yang seimbang dikatakan mampu melambatkan proses penuan.Banyakkan makanan berserat tinggi,sayur dan buah-buahan.Kurangkan pegambilan makanan berlemak,minuman berkafien,minuman dan makanan ringan.Ini penting bagi menjaga kecantikan dan kesihatan anda secara berpanjangan.

6.Pegambilan makanan tambahan.

Pegambilan makanan tambahan seperti vitamin amat digalakkan untuk wanita 30-an.Ini kerana kesibukan menguruskan kerja rumah dan pejabat seiring menyebabkan kebanyakan wanita jarang mengambil makanan seimbang.Jadi,pengambilan vitamin dapat menyelesaikan nya

7.Minum air dalam kuantiti yang banyak.

Air putih merupakan aset penting untuk kesihatan tubuh terutamanya untuk kulit wajah.Kekurangan air dalam tubuh akan menyebabkan kita mudah diserang dengan pelbagai penyakit.Minumlah air dalam kuantiti yang banyak terutamanya ketika cuaca panas.Pastikan juga anda bersenam sekurang-kurangnya  tiga kali seminggu.

8.Positif,ceria dan selalu bersama dengan orang yang tersayang.

Wanita 30-an perlulah mengamalkan sikap yang positif dan kelihatan ceria.Wajah yang ceria dan berfikiran positif akan mengembalikan kecantikan anda.Kehadiran orang tersayang di sekeliling anda juga dapat membantu anda membina keyakinan diri serta menghilangkan stress.

No comments:

Post a Comment