Friday, May 17, 2013

Luna Maya Masih Berhubungan Dengan Ariel!>?



LUNA MAYA

Aktres dari negara jiran Luna Maya, 30, mengakui masih berhubungan dengan bekas vokalis kumpulan Noah, Ariel tetapi bukan sebagai pasangan kekasih, sebaliknya sekadar rakan perniagaan.

Luna dan Ariel sebelum ini dikaitkan dengan rakaman video lucah yang tersebar di internet pada 2010 sehingga menyebabkan bekas anggota kumpulan Peterpan itu merengkok di penjara.
"Masih berhubungan sebagai rakan bisnes kerana kami sama-sama menjalankan perniagaan kasut sejak tahun lalu. Bercakap soal hati, saya tidak mahu berkata apa-apa kerana tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan.
"Kalau hari ini saya berkata tidak, mana tahu akan datang bersama pula. Mesti saya malu nanti. Biarlah takdir yang menentukan. Apa yang pasti sekarang ini saya belum berpunya," katanya berterus terang.
Luna yang sebelum ini merupakan kekasih Ariel itu ditemui majlis promosi filem Pintu Harmonika arahannya bersama Ilya Sigma dan Sigi Wimala di sini hari ini.

Filem pertama arahan Luna itu diterbitkan oleh Malka Pictures dan bakal disiarkan secara serentak di pawagam seluruh Indonesia dan di saluran Astro First pada 23 Mei ini.

Jelas pengarah, penerbit, pelakon dan juga model kelahiran Bali itu, buat masa sekarang dia lebih senang memberi tumpuan pada kerjaya.
"Saya tidak akan terburu-buru mendirikan rumah tangga sehingga sudah bertemu dengan calon yang benar-benar memahami diri saya. Untuk apa saya berkahwin semata-mata menurut kehendak orang, sedangkan yang menderita nanti saya. "Biarlah saya tumpukan perhatian pada kerjaya kerana buat masa sekarang saya lebih teruja mengarah, seperti anak kecil yang baharu mendapat permainan," katanya yang sebelum ini pernah mengarah filem pendek, Suci and the City

No comments:

Post a Comment