Saya pelajar sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu kota. Masalah saya ialah terbabit dengan hubungan sejenis.
Mula-mula hanya ringan-ringan dan suka-suka, akhirnya kini saya terjebak lebih jauh. Saya boleh dikatakan sudah ketagih seks bersama rakan wanita saya.
Saya dalam dilema kerana takut pelajaran terganggu kerana ketagihan itu. Malah, saya sudah beberapa kali terlanjur dengan rakan serumah apabila kesunyian.
Tolonglah saya Dr. Saya sudah tidak tahu apa yang harus saya lakukan. Saya harap agar saya dapat mengubah kehidupan saya yang pahit ini.
Gadis terlanjur,
Kuala Lumpur
Pada masa kini seks hubungan sejenis semakin merebak. Seorang ahli psikologi iaitu Sigmund Freud berpendapat, apabila manusia dikuasai naluri id, mereka hanya memikirkan keseronokan tanpa mengambil berat mengenai agama.
Aspek realiti dan pertimbangan dari segi moral dan logika sudah tidak dipedulikan. Matlamat id, mengikut Freud lagi hanya lebih kepada memuaskan nafsu naluri semata-mata.
Melakukan hubungan seks sejenis antara elemen memuaskan id dan berpaksi kepada nafsu keseronokan.
Buktinya, keseronokan mengadakan hubungan sejenis itu tidak berakhir selepas kali pertama ia dilakukan. Sebaliknya, ia berterusan sehingga ke hari ini. Malah, adik sudah ketagihan seks sejenis.
Dr melihat adik mempunyai keinginan untuk mengubah cara hidup. Adik sebenarnya mempunyai pilihan untuk menentukan arah tuju hidup. Ini kerana manusia bertanggungjawab atas tingkah laku dan memilih jalan hidup mereka sendiri.
Agama Islam amat melarang hubungan sejenis (surah al-Araf, ayat 80 dan 81). Melakukan hubungan sesama jenis mempunyai kesan tersendiri.
Misalnya kajian ahli psikologi seperti King dan McKeown mendapati hubungan sejenis secara kesejahteraan psikologi adalah lebih terdedah kepada kebimbangan, tekanan dan tingkah laku kecenderungan membunuh diri daripada pasangan normal.
Hubungan sesama jenis juga memberi implikasi kepada institusi perkahwinan dan kekeluargaan.
Kaedah untuk mengurangkan keinginan mengadakan seks sejenis adalah pelbagai. Antara kaedah yang boleh digunakan ialah kaedah terapi dipanggil sebagai aversi.
Ada ahli psikologi yang tidak bersetuju dengan pandangan terapi ini kerana menganggapnya sebagai kurang beretika kerana ia menyakitkan. Teknik lain yang boleh adik lakukan ialah teknik penulisan jurnal.

No comments:
Post a Comment