Tuesday, July 23, 2013

TPM MAHU SIASATAN KEATAS INSIDEN MAKAN DALAM TANDAS!!



TPM Mahu Siasatan Keatas Insiden Makan Dalam Tandas | SELEPAS tersebarnya satu berita yang mengejutkan masyarakat hari ini berhubung satu sekolah di Sungai Buloh,Selangor.Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Pendidikan telah mengarahkan agar isu ini disiasat dengan segera memandangkan isu ini sangat serius.

SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meminta Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) menyiasat insiden pelajar bukan Islam diminta makan di dalam bilik air sebuah sekolah.

Muhyiddin menegaskan, beliau tidak akan berkompromi berhubung isu tersebut."Saya telah mengarahkan Ketua Pengarah untuk menyiasat isu pelajar bukan Islam yang disuruh makan di dalam tandas."Tindakan tegas akan diambil jika ada asas," katanya menerusi laman Twitternya, hari ini.

Di media sosial Facebook (FB) hari ini tersebar gambar-gambar beberapa pelajar bukan Islam di sebuah sekolah di Sungai Buloh sedang makan pada waktu rehat di sebuah bilik yang didakwa sebagai tandas.
Gambar tersebut juga didakwa disebarkan oleh ibu bapa pelajar terbabit.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan dalam responnya menegaskan insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku.Katanya pihak sekolah tidak boleh menukar lokasi makan para pelajar dengan sesuka hati walaupun di bulan puasa.

"Perkara itu tak seharusnya berlaku kerana ini bukan cara pengamalan kantin."Kita tidak boleh sewenang-wenangnya tukar lokasi kawasan kantin kepada tempat yang tidak seharusnya jadi kantin kerana kantin ini dah dibina dalam tempat sesuai, maknanya ada cukup keperluan untuk diwujudkan kantin,” katanya yang dipetik dari portal sebuah berita.

Katanya lagi, susulan insiden yang berlaku, pihak kementerian akan mengarahkan Jabatan Pelajaran Negeri untuk menyiasat kejadian.Beliau juga meminta agar ibu bapa pelajar yang membuat laporan supaya bersabar sehingga laporan lengkap insiden diterima.-sinar harian

No comments:

Post a Comment