Monday, June 3, 2013

Shah Jaszle Dedah Kisah Sebalik Di Tangkap Khalwat???


Shah Jaszle Dedah Kisah Sebalik Di Tangkap Khalwat | Baru-baru ini kecoh seketika apabila nama Shah Jazsle didedahkan kepada media beliau telah ditangkap khalwat dan perkara tersebut diakui pula oleh pihak JAIS sendiri. Shah yang mengambil tindakan mendiamkan diri akhirnya tampil membuat pendedahan menerusi Melodi.

Shah Jaszle Dedah Kisah Sebalik Di Tangkap Khalwat

Menurut artikel dari portal GUA, Shah Jaszle mendakwa pada hari kejadian terdapat lima orang termasuk dirinya di apartment berkenaan. Penangkapan tersebut berlaku kurang setengah jam selepas dia sampai. Waktu itu, dia baru balik dari penggambaran. Malah sebelum kejadian Shah sempat berbual di telefon dengan tunangnya, Redwani Puteri sebelum terlelap.

"Bila saya sedar, semua dah ada. Yang datang masa itu, empat orang. Polis tak ada. Peliknya, tiga orang lagi tu tak kena. Kami dua saja yang kena. Jika khalwat, sepatutnya satu rumah pun kena tapi hanya nama saya yang keluar," kata Shah yang memberitahu pihaknya masih menyiasat siapa dalang di sebalik kejadian.

"Kalau ikutkan cerita, sangat pelik sebenarnya. Buat masa ini, lebih baik jika saya tidak memberi sebarang kenyataan. Di mahkamah nanti, barulah saya cerita. Yang kita dapat tahu, orang dalam rumah itu juga (yang membuat panggilan). Itu yang kelakarnya. Kita masih tengah cari bukti. Kita tidak mahu membuat tuduhan melulu."

Menurut Shah lagi, dia tidak melenting atau takut kerana tahu dirinya tidak bersalah. Yang mana betul-betul mengenali dirinya, tahu dia tidak akan melakukan perkara itu. Dia bersyukur mempunyai sokongan keluarga dan tunangnya.

"Bila difikirkan balik, masa itu saya 'blind gila', 'lost' sekejap. Kalau betul saya salah, saya akan dinikahkan tetapi tidak. Saya juga tidak dibenarkan diikat jamin. Saya ditahan sampai pukul empat," kongsinya yang akan mengambil tindakan undang-undang.

Tunang Shah Jaszle, Redwani yang turut berada di sisi ketika Shah ditemuramah Melodi, mengakui dirinya terkejut bila mendapat tahu tentang penangkapan Shah atas tuduhan khalwat. Apabila beliau menghubungi Shah untuk mendapatkan penjelasan, Shah menjelaskan lebih baik jika mereka berbincang bersama-sama keluarga. Enggan memberi tekanan padanya, Redwani akur dan menunggu sehingga tibanya masa yang sesuai untuk kedua-dua keluarga berjumpa.

"Kami dah dengar penjelasannya dan kami terima. Saya kenal dia. Orang boleh cakap macam-macam. Kami tak boleh menghalang orang dari bercakap. Orang akan mempengaruhi saya. Yang mana positif itu, saya dengar. Yang mana negatif itu, saya dengar tapi saya nilai. Memanglah mula-mula marah tapi lepas dah dengar penjelasannya, saya terima. Saya pun manusia biasa. Saya pun buat kesilapan. Saya maafkan tunang saya. Bab hukuman, saya serahkan pada Tuhan. Siapa saya nak hukum orang."

Bila diajukan persoalan jika wujud orang ketiga yang menaruh hati pada Shah dan berniat meleraikan hubungan mereka berdua, Redwani mengakui ada ramai wanita yang ingin mendekati tunangnya. Namun menurutnya, Shah selalu memaklumkan dirinya tentang kawan-kawannya. Jika keluar, dia akan memberitahu dengan siapa.

Mengenai hubungannya dengan wanita yang ditangkap bersamanya itu, Shah menegaskan mereka hanya kawan kerja. Tambahnya selepas kejadian itu, dia sukar hendak berkawan mahupun mempercayai sesiapa.

Shah juga menidakkan dakwaan dia cuba mengelak daripada pihak media bila hanya tampil memberi kenyataan selepas hampir dua minggu mendiamkan diri. Katanya, dia sendiri tidak berani membuat apa-apa kenyataan sebab kes itu tidak dibicarakan lagi.

"Yang saya pelik, kenapa cerita itu keluar? Kenapa ada pengesahan, ada nama dikeluarkan? Sedangkan mahkamah tak cakap apa-apa. Buat sesiapa yang percaya pada keburukkan, tidak apa. 'If you believe me, you believe me.' Saya sendiri tahu, tunang saya tahu saya macam mana. Orang luar, biasalah. Bila tahu, komen. Cuma jangan meragui saya. Saya tidak akan membuat perkara ini. Saya pun tak marah bila orang kutuk, tak percaya penjelasan saya. Saya anggap itu sebagai pengajaran."

Shah Jaszle Dedah Kisah Sebalik Di Tangkap Khalwat | Shah Jaszle akhirnya tampil membuat pendedahan kisah disebalik beliau ditangkap khalwat

Mengenai komen-komen orang luar yang merasakan Redwani layak memiliki bakal suami yang lebih baik daripada Shah, hero filem 'Azura 2012' itu berkongsi ada bertanya pada Redzwani baik mana lagi dia perlu melayannya kerana "saya tahu macam mana saya layan dia".

"Biasalah, orang akan selalu menghukum kita, mengata bukan-bukan," ujar Redwani. "Mereka tidak berada di tempat kita, mereka tidak tahu kisah kita tetapi mereka boleh menghakimi."

Jawapan Redzwani cukup menyenangkan Shah yang menambah, "Mama selalu cakap cari pasangan yang boleh susah dan senang dengan kita. 'She's the one-lah'."

No comments:

Post a Comment