Saturday, June 1, 2013

Sebab Kenapa Ramai Perempuan Masih Single.????



Rindu rasanya nak dapat balik style penulisan yang dulu di mana lebih bersahaja dan sempoi.  Am baca balik entri-entri Aminin[dot]My dulu, rasa nak gelak terguling je then rasa nak cepuk je penulis dia iaitu aku sendiri. KahkaH!Gadis MelayuErkk.. jangan salah faham Am tak bermaksud begitu. Korang cute mute ni takkan la takde lelaki yang tergoda kechumelan korang tu. Haha. Oke bersama Am lagi aminin[dot]my untuk membantu korang yang masih single dan mungkin tengah mencari personaliti diri untuk memikat lelaki. Feweet..!!Ehem, Nak tahu sebab kenapa ramai perempuan yang masih single. Jom bersama Am di bawah ini bagi episod seterusnya.. yeehaaa..!
Pernah kah korang terfikir kenapa perempuan masih lagi single even umur sudahpun senja?
”Aku rasa diri aku dah cantik cun melecun body dah tip top tetapi kenapa masih takde yang nak mengorat”. Persoalan panas sebegini sangat biasa dikalangan korang yang wanita bukan? Rasanya tidak ada seorangpun yang tidak mahukan hidup tanpa berpasangan. Betul atau tak, tepuk dada tanya hati lah yer.
Ini antara punca-punca kenapa or mengapa masih ramai lagi perempuan yang masih single kat luar sana.
Paras rupa
Kebanyakan lelaki akan melihat paras rupa terlebih sebelum memikat tetapi bukan semua. Ahaks!. Memangla lelaki ni memilih ciri-ciri wanita pilihan lelaki korang boleh baca sini.
Tapi paras rupa itu bergantung pada mata yang memandangnya iaitu si lelaki. Mungkin korang melihat atau perasan tuan punya blog ini seorang yang kacak bak kambing gurun? erkk.. kambing gurun kacak ker?? hakhak.
Sebenarnya apa yang penting, jangan sesekali korang merasakan korang tidak cantik, semua orang cantik, semua orang mantap dan semua orang adalah gojes kerana semua orang ada kelebihan dan kekurangan. Kita adalah unik dan keunikan itu adalah anugerah yang tak ternilai daripadaNya!
Penampilan diri
Sekiranya korang mempunyai paras rupa yang menarik, pakaian atas bawah dah tip top macam artis tetapi tang rambut, korang biarkan serabai berjuntai bak kata orang ”beralun apabila ditiup angin” plus..plus..pluss.. ‘‘mekap tebal bak opera cina”.. hakhak. Maklumlah kan ingin tampil anggun dan gojes,
Cuba korang berjalan-jalan di shopping complex, tiba-tiba korang terserempak dengan mamat idaman korang tu dan cuba menegur, pernah tak korang terfikir apa yang dia fikirkan? Mengikut firasat Am kalau dia tak fikir korang gila semestinya dia akan repot polis kot? ahaha. Mau tak meroyan mamat tu tengok awek mekap tebal bak opera cina.?
Tutur bahasa dan adab sopan
Perempuan timur agak terkenal dengan adab sopan dan tutur bahasanya. Ayu-ayu gitu. cewahh..bangga giler dapat awek cam gitu haha. Tetapi oppss ada juga yang tidak sebegini yer. Ada perempuan yang main cakap lepas sahaja mulut laser seperti lelaki pula lagaknya. Mana lah lelaki tak terkejut kalau perempuan cakap perkara-perkara yang tak sepatutnya. Jangankan terkejut, nafsu nak mengorat pun terus terbantut dan bukan setakat terbantut, segala jenis nafsu pun dah mati pucuk awal-awal lagi. hakhak.
Tidak yakin pada diri sendiri
Perempuan yang masih single sampai sekarang ini selalunya mereka tidak yakin pada diri sendiri bukan semua untuk mempunyai pasangan. ”aku dahlah gemuk nak berkawan dengan lelaki pun macam tak layak”. Pemikiran sebegini sangat biasa bukan? Siapa kata korang tidak layak berpunya? Setiap seorang telah dijadikan berpasang-pasangan dan yang penting perlu yakin pada diri sendiri.
Even sebagaimana besarnya badan seseorang perempuan itu, tidak bermaksud dia tidak akan berkahwin. Even sebagaimana kurangnya anggota badan dia, tidak bermaksud tiada jodoh bagi dirinya. Yakinlah pada diri sendiri kerana anda merupakan seorang yang hebat.
Serik nak berkapel
Mungkin pengalaman silam telah menyebabkan korang serik untuk mempunyai pasangan di usia sekarang ini. Tiada siapa yang akan berasa gembira apabila ditinggalkan oleh kekasih yang disayangi setiap masa. Jangan ingat, korang telah putus cinta bermakna tiada hari esok untuk korang. Sampai bila korang harus menunggu dan sampai bila korang perlu menjadi andartu?
Nasihat untuk yang belum bertemu jodoh; janganlah pula berputus asa. Pernah juga terbaca soklan berkaitan jodoh kat lama sesawang [FB], ‘Kenapa ustaz, orang ini sudah mandi bunga sampai 99 kali tapi masih tidak bertemu jodoh? Di mana silapnya?’ Jawapannya begini, ‘Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ Mesejnya ialah, mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Tetapi Am pula, kalau masih juga belum bertemu pasangan, jangan susah hati korang cuma perlu ‘‘taip ON CINTA dan hantar ke 32888”.


1 comment:

  1. naseb baek aku lelaki. takde kena mengena ngan entri nih. hahaha...

    ReplyDelete