Monday, June 17, 2013

17 Sebab Aku Makin Menyampah Dengan Drama Korea!!!




Aku minat drama korea. Time exam pun sibuk layan drama korea. Tapi sejak lima tahun lepas aku tengok kualiti drama korea dah menjunam tak sebaik drama dulu - dulu. Makin tengok makin menyampah pula aku rasa. Kat bawah ni antara sebab sebab aku dah makin jarang tengok cerita korea :


Cliche

Si hero atau heroin berlari - lari satu airport cari couple diorang.
 (Stairway to Heaven, Yuhee the Witch, My Girl)

Bercinta bagai nak rak. Lepas tu dapat tahu rupa - rupanya diorang adik beradik. Terpaksa berpisah. Waktu cerita dah nak habis baru ada orang bagi tahu diorang bukan adik - beradik. Boleh bercinta balik.
(Autumn in My Heart, Winter Sonata, Summer Scent, Spring Waltz)

Nampak awek dia hampir kena langgar. Berlari kat awek untuk selamatkan dia. Awek selamat.
(Personal Taste, Dream High II, Rooftop Prince)

Perempuan menyamar jadi lelaki. Dalam kebanyakan cerita sebab nak belajar kat sekolah khas untuk lelaki.
(Sungkyunkwan Scandal, To the Beautiful You, Coffee Prince)

Kat bilik air, si lelaki bertembung dengan si perempuan. Lepas tu towel si lelaki tertanggal. Nampak cendawan beracun. And then, dua - dua menjerit.
(Personal Taste, Full House II)

Jika cerita tu bertemakan manusia dari zaman lampau  merentas masa ke zaman moden, ada je watak yang berlagak bodoh - bodoh dalam drama tu. Aku faham dia terperanjat tengok kecanggihan abad ke-21 tapi tak payah la buat muka terperanjat yang sangat menjijikkan.
(Rooftop Prince)

Lebih 90% cerita korea pasal cinta tiga segi. Kalau tak tiga segi, empat segi. Dan selalunya cinta mereka tu bermula sejak zaman kanak - kanak tapi terpisah. Akhirnya berjumpa balik bila dah besar. Muak aku. Cuba la buat cerita aksi, hantu atau jenayah ke.

cerita ni serius best gila. sedih do. rugi tak tengok.


Kebodohan Melampau / Tak Logik

Cabut bateri sebab malas nak layan phone call sedangkan butang off phone warna merah jelas terpampang. Apa la buta sangat mata tu?
(Stairway to Heaven)

Kena hujan sikit lepas tu dah demam masuk hospital bagai. Aku tahu la kat Korea tu sejuk tapi kat Malaysia ni boleh tahan gak sejuknya. Aku mandi hujan banyak kali ok je. Siap bersepak terajang dengan akak aku lagi.

Nampak awek dia hampir kena langgar. Berlari kat awek untuk selamatkan dia. Awek selamat. Tapi dia dengan penuh ketidakbijaksanaan menunggu kereta tu langgar dia. Lepas tu dia mampus atau sekurang - kurangnya cedera parah. Kenapa la dia tak terfikir nak i) jerit kat awek dia pasal kereta menuju kat arah dia atau ii) sambil tolak awek dia, dia sekali menjauhkan diri daripada laluan kereta tu?
(Personal Taste, Dream High 2, Rooftop Prince)

Perempuan menyamar jadi lelaki. Orang - orang disekeliling dia tak perasan langsung kononnya sebab dia tak ada buah dada, rambut pendek dan gayanya macam lelaki sedangkan suara dia sah - sah suara perempuan, tulang pipi dia tak timbul, dia tak nak mandi dengan pelajar lelaki lain, tangan dan kaki dia tak ada bulu dan banyak lagi. Teruk sangat ke masalah penglihatan orang korea ni?
(Sungkyunkwan Scandal, To the Beautiful You, Coffee Prince)

walaupun aku kutuk tapi aku tetap suka cerita ni. lebih kurang 12 kali dah tengok. choi ji woo memang gila gila pandai menangis.

Memang Menyampah

Perempuan dan lelaki dia menggedik tahap nak makan penyepak. Dia akan buat muka konon cute sampai aku rasa macam nak hempas tv kat rumah aku. Watak perempuan dan lelaki paling gedik aku pernah tengok adalah Oh Ha Ni yang dilakonkan Jung So-min dan watak Bong Joon-gu yang dilakonkan Lee Tae-sung  dalam drama Playful Kiss. Time bersedih pun dia buat muka bodoh. Salah satu sebab aku tak habis tengok drama tu pasal berdua ni la.

Bahasa Inggeris kebanyakan pelakon korea memang hancur!
(Love Story in Harvard)

Penyanyi penyanyi popular yang tak pandai berlakon jadi watak utama dalam drama. Aku tahu motif penerbit filem ambil penyanyi kpop berlakon sebab nak rating drama tinggi lagipun muka dorang tu hensem cantik bagai. Tapi masalahnya dorang tu berlakon hampeh. Menangis bereya-eya tapi air mata setitik pun tak keluar. Ekspresi muka pula entah apa benda. Contoh penyanyi kpop yang tak pandai berlakon adalah Kim Hyun-joong, Lee Hong Ki, Jung Yong Hwa dan banyak lagi.

cerita ni pasal cikgu kapel dengan pelajar. best memang best tapi ramai tak minat. aku ada try nak beli cd cerita ni kat kedai tapi tak ada.


Maki Satu - Persatu

Dalam drama Partner yang bertemakan percintaan dua orang peguam, aku perasan prosedur dan perjalanan proses perbicaraan sesuatu kes banyak tak sama dengan realiti dunia guaman. Dalam cerita ni, hari ni dapat kes bunuh minggu depan dah berhujah dalam mahkamah. Sedangkan dalam realiti dunia sebenar, masa yang diambil untuk pencarian bukti (saksi, circumstantial evidence, senjata, laporan deoxyribonucleic acid, motif dan banyak lagi) sahaja kadang - kadang ambil masa sehingga 9 bulan dan perbicaraan selalunya bermula setahun atau dua tahun selepas tangkapan suspek. Aku tahu la tak sesuai nak masukkan semua yang realiti kat dalam drama fiksyen tapi boleh tak sekurang - kurangnya jangan nampak sangat kesalahan tu?

Secret Garden pula sebuah drama yang sesak dengan elemen mengarut. Aku boleh faham dan dapat terima bila diawal drama tu diceritakan yang watak Kim Joo-won yang dilakonkan Hyun Bin ada Alice in the Wonderland Syndrome(benda yang dilihat kelihatan lebih kecil atau lebih besar daripada sebenarnya) dan takut kepada ruang tertutup atau/dan sempit (claustrophobia) tapi bila selepas tu ditambah pula unsur - unsur magik dan alam ghaib contohnya, Kim Joo-won nampak gambar rumah dalam lukisan tu menjadi terang bercahaya, Min Ah-young boleh melihat masa depan, badan kedua - dua watak utama tertukar dan arwah ayah Gil Ra-im datang dalam mimpi aku dah mula serabut. Nasib baik la dia tak masukkan Cotard Syndrome, Wendigo Psychosis dan Fregoli Delusion dan segala jenis penyakit mental sekali dalam drama ni.

Stairway to Heaven ni drama yang aku memang minat gila. Tapi drama ni ada satu masalah kronik. Tak kurang dari sepuluh kali mikrofon kat atas kepala pelakon tu timbul. Kalau sekali dua kali tu aku boleh faham la tapi ni dah banyak kali. Yang tukang edit video tu memang tak nampak ke? Lepas tu yang watak Han Jung Suh tu sekejap lari daripada boyfriend dia sekejap lagi cari boyfriend dia. Itu je la yang berulang sampai akhir cerita.

Nota :
1. Senarai ini tak lengkap. Sebab - sebab baru akan ditambah dari semasa ke semasa bila aku ingat lagi benda yang aku benci dengan drama korea.
2.  Jangan tengok cerita Dream High, Playful Kiss, Coffee Prince, You're Beautiful, Boys Over Flower dan The Greatest Love. Cerita ni semua hancur. Aku tak tahu la apa yang orang kemaruk sangat cerita ni.

2 comments:

  1. kan....aku setuju ngan kau!!!!!!! kawan aku ada srng minat giler cite korea siap nak kahwin ngan Korean! tp so far still bachelor hu hu

    ReplyDelete
  2. aku setuju ngan kau!!!!!!! ada kwn aku sorang mnt giler ngn cite Korea x leh ktk2 t mengamuk mrh...siap nak cari hubby Korean!!!but sofar she still single....

    ReplyDelete