Monday, June 10, 2013

Lelaki Ini Pakai Skirt Sebagai Tanda Bantahan????


PEMANDU kereta api, Martin Akersten memakai skirt sebagai tanda membantah polisi seragam syarikat yang melarang mereka memakai seluar pendek ketika musim panas.- AP

STOCKHOLM - Para pengguna kereta api di wilayah utara Stockholm akan bertemu dengan pemandu serta konduktor kereta api lelaki yang memakai skirt di tempat kerja mereka. 

Seorang pemandu kereta api, Martin Akersten memberitahu dia dan rakan-rakannya yang bekerja di stesen Roslagsbanan mula memakai skirt pada musim panas ini untuk membantah polisi syarikat yang menghalang mereka memakai seluar pendek.

Akersten, 30, memberitahu maklum balas daripada orang ramai terhadap tindakannya itu adalah positif. Syarikat pengendali kereta api terbabit, Arriva bagaimanapun tidak menghalang perbuatan tersebut. 

Jurucakap Arriva, Tomas Hedenius menyatakan syarikat mahu kakitangannya untuk kelihatan kemas, tetapi tidak boleh menghalang pekerja lelaki daripada memakai skirt sekiranya itu yang mereka mahu. 

Hedenius bagaimanapun tidak menyatakan bahawa polisi uniform syarikat akan berubah. 

No comments:

Post a Comment