Author:
Kamarul Arnizam
Genre:
»
Pelik dan Luar Biasa
Rating
Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab baru-baru ini
menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di
gurun pasir Arab selatan ini disebut “Penempatan kosong” (Empty Quarter
atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The
Aramco Exploration.
Sebegaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA
pernah menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum ‘Ad dimana
Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh
mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh
memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya.
Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan
mereka dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka,
mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman,
mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini
penemuan ini adalah kaum ‘Ad dari zaman Nabi Hud tersebut.
Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah
menjaga kawasan penemuan ini dan tak seorang pun dibenarkan memasuki
lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco.
Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan
bahawa gambar ini adalah ‘super impose’. Ini adalah cubaan penafian dari
pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka
lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia hasil dari
evolusi monyet dan beruk. Jadi apa pilihan kamu?
Penemuan Arkeologi di Kota Iram
Pada awal tahun 1990 muncul keratan akhbar dalam beberapa surat khabar yang terkemuka di dunia yang menyatakan
“Kota Legenda Arabia yang Hilang Telah Ditemui”, “Kota Legenda Arabia
Ditemukan”, “Ubar, Atlantis di Padang Pasir.” Yang membuat penemuan
arkeologi ini lebih menarik adalah kenyataan bahawa bandar ini juga
disebut dalam Al-Quran. Ramai orang, yang sejak dahulu beranggapan
bahawa kaum ‘Ad sebagai-mana diceritakan dalam Al Quran hanyalah sebuah
legenda atau beranggapan bahawa lokasi mereka tidak akan pernah ditemui,
tidak dapat menyembunyikan kehairanan mereka atas penemuan ini.
Penemuan bandar ini, yang hanya disebutkan dalam cerita lisan Suku
Badwi, membangkitkan minat dan rasa ingin tahu yang sangat mendalam.
Nicholas Clapp, seorang arkeolog amatur yang menemui kota legenda yang
disebutkan dalam Al Quran ini. Sebagai seorang Arabophile dan pembuat
filem dokumentari berkualiti, Clapp telah menjumpai sebuah buku yang
sangat menarik selama penelitiannya tentang sejarah Arab. Buku ini
berjudul Arabia Felix yang ditulis oleh seorang peneliti Inggeris
bernama Bertram Thomas pada tahun 1932. Arabia Felix adalah wakil Rom
untuk bahagian selatan semenanjung Arabyang sekarang ini merangkumi
Yaman dan sebahagian besar Oman. Bangsa Yunani menyebut daerah ini
“Eudaimon Arabia”. Sarjana Arab abad pada pertengahan menyebutnya
sebagai “Al-Yaman As-Sa’idah” 20.
Semua nama tersebut bermaksud “Arabia yang Beruntung “, kerana
orang-orang yang hidup di daerah tersebut di masa lalu dikenali sebagai
orang-orang yang paling beruntung pada zamannya. Jadi apakah yang untung
itu?
Keberuntungan mereka sebahagian berkaitan dengan kawasan mereka yang
strategik menjadi perantara dalam perdagangan rempah ratus antara India
dengan tempat-tempat di utara semenanjung Arab. Di samping itu,
orang-orang yang berdiam di daerah ini menghasilkan dan mengedarkan
“frankincense” sejenis getah wangi dari pokok langka. Kerana sangat
disukai oleh masyarakat kuno, tanaman ini digunakan sebagai dupa dalam
berbagai upacara keagamaan. Pada saat itu, tanaman tersebut
sekurang-kurangnya sama berharganya dengan emas.
Thomas memaparkan tentang suku-suku yang “beruntung” ini dengan panjang
lebar dan menyatakan bahawa ia telah menemui jejak sebuah bandar purba
yang dibina oleh salah satu dari suku-suku ini. Itulah bandar yang
dikenali suku Badwi dengan sebutan “Ubar”. Pada salah satu perjalanannya
ke daerah tersebut, orang-orang Badwi yang hidup di padang pasir itu
menunjukkan pusat-pusat usang dan menyatakan bahawa pusat-pusat tersebut
mengarah ke bandar kuno Ubar. Thomas, yang sangat berminat dengan
perkara ini dan mahu mengkaji lebih dalam lagi.
Clapp, setelah mengkaji tulisan Thomas, yakin akan kewujudan bandar yang
hilang tersebut. Tanpa banyak membuang masa, beliau memulakan
penelitiannya. Clapp membuktikan kewujudan Ubar dengan dua cara.
Perta-ma, ia menemukan pusat-pusat yang menurut suku Badwi benar-benar
ada. Ia meminta NASA (Badan Luar Angkasa Nasional Amerika Syarikat)
untuk menyediakan foto satelit daerah tersebut. Selepas rundingan yang
panjang, beliau berjaya memujuk pihak yang berkuasa untuk memotret
daerah tersebut.
Clapp meneruskan mempelajari pelbagai manuskrip dan peta kuno di
perpustakan Huntington di California. Tujuannya adalah untuk menemukan
peta dari daerah tesebut. Setelah melalui penelitian singkat, ia
menemukannya. Yang ditemuinya adalah sebuah peta yang dilukis oleh
Ptolomeus, ahli geografi Yunani-Mesir pada tahun 200 M. Pada peta ini
ditunjukkan lokasi sebuah bandar tua yang ditemui di daerah tersebut dan
jalan-jalan yang menuju ke kota tersebut.
Sementara itu, beliau menerima khabar bahawa NASA telah melakukan
pemotretan. Dalam foto-foto tersebut, beberapa pusat kafilah dapat di
lihat, suatu hal yang sulit untuk dicari dengan mata kasar, tetapi boleh
dilihat sebagai satu kesatuan dari luar angkasa. Dengan membandingkan
foto-foto ini dengan peta tua yang di tangannya, akhirnya Clapp
menjumpai kesimpulan yang ia cari: pusat-pusat dalam peta tua sesuai
dengan pusat-pusat dalam gambar yang diambil dengan satelit. Tujuan
akhir dari jejak-jejak ini adalah sebuah tapak yang luas yang ditengarai
dahulunya merupakan sebuah bandar.
Akhirnya, lokasi bandar legenda yang menjadi subjek cerita-cerita lisan
suku Badwi dijumpai. Tidak berapa lama kemudian, penggalian bermula dan
peninggalan dari sebuah bandar mulai tampak di bawah gurun pasir.
Demikianlah, bandar yang hilang ini disebut sebagai “Ubar, Atlantis di
Padang Pasir”.
Lalu, apakah yang membuktikan bandar ini sebagai bandar kaum ‘Ad yang
disebutkan dalam Al Quran? Begit runtuhan-runtuhan mula digali,
diketahui bahawa bandar yang hancur ini adalah milik kaum ‘Ad dan berupa
tiang-tiang Iram yang disebutkan dalam Al Quran, kerana di antara
pelbagai struktur yang di-gali terdapat menara-menara yang secara khusus
disebutkan dalam Al-Quran . Dr. Zarins, seorang ahli pasukan kajian
yang memimpin penggalian mengatakan bahawa kerana menara-menara itu
disebut sebagai bentuk khas bandar ’Ubar, dan kerana Iram disebut
mempunyai menara-menara atau tiang-tiang, maka itulah bukti terkuat
setakat ini, bahawa tapak yang mereka gali adalah Iram, bandar kaum ‘Ad
yang disebutkan dalam Al Quran:
Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum
‘Ad, (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi
yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri
lain. (QS. Al-Fajr, 89: 6-8) ~cima~
No comments:
Post a Comment