Author:
Kamarul Arnizam
Genre:
»
Agama
Rating
Berdasarkan kajian , gunung Everest ni dulunya bukanlah gunung , tapi dasar laut .
Lebih 60 juta tahun dulu , berlaku pergerakan plat tiktonik bumi yang
bergerak sepanjang masa dan akhirnya bertembung . Akibatnya , satu plat
terangkat ke atas , satu lagi ke bawah . Dari plat yang menungkah
berterusan itulah akhirnya terbentuk gunung Everest dan gunung – gunung
lain .
Satu fakta menarik tentang gunung ialah Allah jadikan sebagai pengimbang
berat kepada bumi . Sebab itulah gunung ada di seluruh benua ,
diimbangkan pula dengan lembah , datarnya serta lurah disekitarnya . Ia
memasak bumi dengan kekuatannya .Ini menyebabkan berat planet bumi terus
seimbang pada setiap sisi , menyebabkan tetap beredar sejajar pada
orbitnya .
Allah berfirman dalam surah al – An ‘am : 88
” Engkau melihat gunung – gunung itu , engkau menyangka ia tetap
ditempatnya , padahal ia bergerak seperti jalannya awan . ( Demikianlah )
perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh tiap – tiap sesuatu ,
sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan . “
Ternyata , apa yang dinyatakan oleh al – Quran adalah benar dan
dibuktikan pula oleh kajian sains dan geologi . Tapi apakah yang berlaku
pada Rasulullah apabila menyatakan kebenaran itu 1,400 tahun dahulu ?
Baginda dianggap manusia gila !
Bukan itu sahaja , kajian – kajian sains turut membuktikan , daratan ini
satu ketika dahulu bercantum , kemudiannya berpecah dan bergerak hingga
terbentuk benua serta lautan yang ada pada hari ini .
Rakaman satelite turut membuktikan Jazirah Arab serta gunung ganangnya
didapati bergerak mendekati Iran beberapa sentimeter setiap tahun .
Sedangkan , lebih 5 juta tahun lalu , Jazirah Arab bergerak memisahkan
diri dari Afrika lalu membentuk Laut Merah .
Didapati juga pantai timur dan selatan Somalia kini dalam proses
pemisahan dan telah membentuk lembah belah yang membujur ke selatan
melalui deretan danau Afrika . Kepingan tiktonik benua Australia juga
sedang bergerak ke arah utara dengan kelajuan 6 sentimeter / tahun .
Bukankah penemuan – penemuan sains serta geologi ini membuktikan al –
Quran itu benar , sedangkan kebenaran itu hanya baru diketahui oleh ahli
sains selepas 1,400 tahun Rasulullah mengungkapkannya ?
No comments:
Post a Comment