Thursday, April 25, 2013

ngeri maut 3 orang



BEGINILAH keadaan kereta Proton Iswara Aeroback yang terlibat dalam kemalangan hingga mengakibatkan tiga beranak maut di Mersing, Johor semalam.
MERSING – Tiga beranak maut manakala seorang lagi parah selepas kereta jenis Proton Iswara Aeroback yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori tunda dalam kemalangan ngeri di Kilometer 33 Jalan Mersing-Kota Tinggi dekat sini semalam.
Kejadian pukul 4 petang itu mengakibatkan seorang guru, Abd. Razak Pid, 43, dan dua anaknya, Adibah Taqqiah, 14; dan A’fiqah Ihsanniah, 11, maut di tempat kejadian. Seorang lagi anak Abd. Razak, Alimulhilmi, 9, cedera ringan dan kini dirawat di Hospital Mersing.
Difahamkan, sebelum kejadian empat beranak tersebut dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Sri Pantai di sini dari Johor Bahru selepas selesai berkursus. Jarak antara dua tempat itu kira-kira 125 kilometer.
Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Zulkiple Hashim berkata, sebelum kejadian, dia sedang mengawal lalu lintas tidak jauh dari tempat kejadian bagi menyambut kedatangan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar ke sini.
Katanya, ketika bertugas dalam keadaan hujan lebat, dia terdengar bunyi dentuman kuat tidak jauh dari tempat dia berkawal sebelum bergegas ke situ.

No comments:

Post a Comment