Banyak orang kata kecantikan sifatnya relatif. Pendapat ini rupanya tidak dipersetujui media massa China.Model
bernama Ai Shangzhen disebut-sebut mempunyai kecantikan yang sempurna
seantero China. Pendapat ini merujuk kajian terperinci dengan meneliti
saiz wajah dan tubuh gadis itu......
Laman
divaasia.com melaporkan, Selasa (15/5), beberapa media infotainment
China memetik data tubuh gadis 24 tahun ini. Hasilnya, wajahnya yang simetri dianggap ideal. Tinggi badannya 1.8 meter makin sempurna kerana ditunjang lingkar badan 90-60-90.
Shangzhen kini menjalani kerjaya sebagai Hos Rancangan televisyen dan
pelakon. Perempuan dari Provinsi Chongqing ini sejak dua tahun terakhir
malang melintang di industri permodelan Hong Kong.
Tersangat sempurnanya, banyak pihak menuding Shangzhen menjalani
pembedahan plastik. Dia menilai orang yang menuduh demikian harus
bertemu orang tuanya. “Para penuding harus melihat kedua-dua orang tua
saya supaya tahu keaslian wajah ini,” ujar dia.
Perempuan lulusan Universiti Wuhan ini bahkan malu dengan keadaan
tubuhnya. Shangzen mengaku sejak remaja merasa minder kerana mempunyai
tubuh yang terlalu tinggi.
Toh, tuntutan kecantikan sempurna yang disebut-sebut media China tidak
terlalu benar. Shangzhen nyatanya cuma jadi juara dua dalam pertandingan
kecantikan Miss China pada 2008.
No comments:
Post a Comment