SEMPORNA - Tindakan pemimpin puak pengganas Sulu Jamalul Kiram III yang menceroboh Sabah dan menyerang pasukan keselamatan bermula 12 Februari lalu bukan sahaja mencetuskan kemarahan rakyat negeri ini tetapi juga kepada penduduk di selatan Filipina.
Satu sumber berkata, penduduk yang kebanyakannya beragama Islam di selatan Filipina dan bekerja sebagai nelayan mula terjejas kerana tidak boleh lagi menyusup masuk ke perairan Sabah untuk menangkap ikan.
Sejak tercetus krisis itu, pasukan keselamatan Malaysia mempertingkatkan kawalan di perairan negara dan tidak membenarkan nelayan dari negara jiran itu mendekati perairan Sabah.
"Kawalan keselamatan di perairan negara dipertingkat sebagai langkah berjaga-jaga untuk menghalang puak pengganas melarikan diri dari Sabah atau masuk ke negara ini.
"Tindakan pasukan keselamatan itu sekali gus menjejaskan nelayan Filipina yang sebelum ini lebih mudah mencari rezeki di sekitar perairan Sabah," kata sumber itu lagi.
No comments:
Post a Comment