Tuesday, November 26, 2013

Gambar peragut kantoi, ditabuh wanita yang diragut,,


Gambar peragut 21 tahun yang kantoi di'tabuh' wanita diragutnya. Dia cuba meragut beg tangan wanita di Bandar Tun Abdul Razak Jengka, kira-kira jam 4.40 petang, semalam.

Ketika kejadian, wanita 30-an itu sedang berada di sebuah kedai menjual barangan kosmetik dan meletakkan beg tangan di atas meja kaunter untuk melakukan pembayaran.

Secara tiba-tiba, peragut malang itu datang dari arah belakang lalu mengambil beg tangan dari lari ke arah motosikal yang diletak kira-kira 10 meter dari kedai.

Mangsa bertindak mengejar lelaki berkenaan sehingga berlaku pergelutan sebelum mangsa menjerit meminta tolong.

Pergelutan berlaku menyebabkan motosikal yang ditongkat tumbang dan mangsa turut terjatuh akibat ditolak lelaki berkenaan.

Mangsa kemudiannya bangun lalu menendang dan memijak beberapa kali di bahagian perut serta dada lelaki terbabit. Lelaki cuba melarikan diri, namun berjaya ditangkap dengan bantuan orang ramai.

Bagaimanapun mangsa mendapat kecederaan sehingga menerima 7 jahitan di belakang kepala selain bengkak rusuk kiri, melecet bahagian belakang badan serta lebam betis kanan dan menerima rawatan di Hospital Jengka.

Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintenden Sulaiman A Hamid mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan, lapor Sinar Harian.

No comments:

Post a Comment